Ambil ikhtibar dari kisah kematian pelakon Thailand, Tangmo, pelakon Puteri Sarah Liyana dapat simpulkan ia berpunca kerana wang.


Kata Puteri Sarah kerana wang atau harta benda manusia boleh berubah dan menjadi gelap hati.


"Kesimpulannya adalah sebab duit, sebab harta benda boleh dibawa bergaduh, bagi manusia gelap hati & gelap mata sebabkan duit.


"Dari baik boleh berubah jadi lain sebabkan duit. Sebab duit juga manusia mudah lupa diri, mula nak itu ini," tegasnya.

Puteri Sarah meluahkan perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri itu dia memuat naik foto jelita mendiang aktres Thailand itu.

Justeru, Puteri Sarah mengingatkak semua agar terus berada dalam kumpulan rakan yang kecil.

"Manusia dengan rasa iri, dengki dan rasa tersaing tak dapat dipisahkan. So keep your circle small," tegasnya.

Tangmo, 37, terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya berhampiran jeti Pibul 1 di daerah Muang, Nonthaburi sekitar jam 10.40 malam pada 24 Februari lalu. Mayatnya ditemui kira-kira jam 1tengah hari Sabtu lalu.

Namun kisahnya menjadi tular selepas didakwa rakan baiknya hang bersama menaiki bot telah merancang kematiannya itu demi wang dan harta. Malah baru-baru ini ibu Tangmo juga didakwa berubah hati memaafkan rakan anaknya yang juga suspek kes selepas ditawaekan wang pampasan bernilai kira-kira RM3.8 juta

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)