Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Dari Bidang Pergigian Ke Bidang Hiburan, Dr Irma Tak Mahu Ambil Risiko

Kamaruddin Razal 26/05/2019 | 01:51 MYT
Pemilik label muzik Dr Irma Entertainment dan klinik pergigian, Dr Irma Shida Abu Samah tidak mahu mengambil risiko dalam memperkenalkan artis jagaannya.
Menguruskan kerjaya tiga orang artis baru iaitu Ray Asri, Akmar Natasha dan Jiha Akhir, Irma enggan menggunakan gimik bagi menaikkan nama bakat di bawah naungannya.
"Saya tak takut mencalarkan nama saya sebagai seorang doktor gigi, tetapi saya takut gimik terbabit akan mencalarkan nama artis naungan saya.
"Kalau melibatkan gimik, kita sendiri tak tahu, ke mana perkara itu akan berakhir, sama ada baik atau buruk. Antara dua, orang semakin mengenali artis itu atau kerjaya mereka akan terus berakhir.
"Mereka memang berbakat, ada sesuatu yang boleh dipertaruhkan, jika gimik itu dilakukan, risikonya besar. Saya akan meletakkan mereka dalam situasi yang mungkin menyebabkan mereka jatuh dan tidak bangun-bangun.
"Terfikir untuk buat gimik itu ada... Sebab masyarakat kita pun memang gemarkan perkara yang berkaitan gimik dan viral. Tetapi ia berbahaya untuk saya dan artis bawah naungan Dr Irma Entertainment," kata Irma.
Irma ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Pusat Jagaan Lambaian Kasih, Kampung Sungai Penchala dan pelancaran portal gayahidup, www.drirma.com.my di Shah Alam, baru- baru ini.

Alhamdulillah, tercapai jua hasrat @drirmashida meraikan anak-anak @pusatlambaiankasih sempena bulan keberkatan yang mulia ini. Terima Kasih yg tak terhingga buat yang Satu, keluarga, rakan media, rakan artis, sahabat handai, penaja bersama @dkayangansteamboat dan seluruh keluarga besar @drirma.com.my yang sentiasa menyokong dan mendoakan. Syukur Alhamdulillah #majlisberbukapuasa #pusatjagaanlambaiankasih #ramadan #ramadan2019 #doayangbaikbaik @drirma.skincare @drirma.dentist @drirma.entertainment

A post shared by drirma.com.my (@drirma.com.my) on

di sebalik gambar mesra bersama anak-anak @pusatlambaiankasih ada yang lebih istimewa iaitu hadiah yang tidak dijangka oleh anak-anak ini untuk kami kongsikan bersama. nantikan video sekitar majlis iftar dan perasmian portal hanya di www.drirma.com.my #majlisberbukapuasa #pusatjagaanlambaiankasih #ramadan #ramadan2019

A post shared by drirma.com.my (@drirma.com.my) on

Syukur dan terima kasih atas hadiah istimewa dari @daisyed_ yang menyokong, membaca doa, laungan azan maghrib secara live dan kesudian melayan kerenah anak-anak @pusatlambaiankasih di majlis Iftar dan perasmian portal www.drirma.com.my . #rezekiramadhan #terimakasih #syukuralhamdulillah

A post shared by drirma.com.my (@drirma.com.my) on

terima kasih juga buat @ray_asri talent dari @drirma.entertainment yang sentiasa memberi komitmen terbaik setiap kali diberi tugasan. seorang yg multi-tasking dan take the challenge. moga terus success Ray! for booking : @riyasuara @drirma.entertainment akustik : @nyals_ pemenang content Dr Irma tanya boleh nyanyi ke? musim ke-3 bersama salah seorang wakil dari @officialnaylaband_

A post shared by drirma.com.my (@drirma.com.my) on

terima kasih juga buat @jiha.akhir talent dari @drirma.entertainment yang comels dan mampu memukau setiap kali beliau membuat persembahan. keep on shining Jiha! for booking : @riyasuara @drirma.entertainment akustik : @nyals_ pemenang content Dr Irma tanya boleh nyanyi ke? musim ke-3 bersama salah seorang wakil dari @officialnaylaband_

A post shared by drirma.com.my (@drirma.com.my) on

"Alhamdulillah, sempena Ramadan ini, majlis berbuka puasa diadakan sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang diterima sepanjang tahun ini. Selain itu, ia juga sebagai satu cara berterima kasih kepada semua pihak, terutamanya rakan media.
"Bercerita mengenai portal pula, sebenarnya sudah lama diwujudkan. Pada awalnya, ia menceritakan mengenai kerjaya saya sebagai doktor gigi, komposer serta label muzik Dr Irma Entertainment.
"Tetapi, mulai Januari 2019, portal telah diberi nafas segar dan mensasarkan wanita-wanita moden sebagai pembaca utama. Selain gaya hidup, kami juga menyenaraikan seleksi berita hiburan serta kesihatan, fesyen dan banyak lagi," katanya.
Selain daripada bidang pergigian dan hiburan, Irma juga menjalankan bisnes Dr Irma Skincare & Cosmetics.
Kredit foto: Drirma.com.my
#Dr Irma
;