Dari Cef Ke Penjual Ikan, Lelaki Ini Kongsi Seronoknya Bekerja Di Pasar Borong PJ... "Mula Pukul 2 Pagi, Balik Sebelum Tengah Hari"
Amri Hassan
12/06/2020 08:36 MYT
12/06/2020 08:36 MYT
Pasar Borong Petaling Jaya; antara kawasan zon merah COVID-19 yang kini perlahan-lahan bangkit dihuni semula penjual dan pembeli.
Norma baharu menyaksikan ramai individu yang hilang kerjaya dan beralih ke bidang baharu, misalnya Jeeva Jepp yang kini seronok bergelumang dengan ikan dan hasil laut.
Memulakan kerja seawal 2 pagi setiap hari sejak 9 Jun lalu, kongsi Jeeva dia kini cuba berkompromi dengan jam biologi baharunya.
"Takutkah kerja di bekas tapak zon merah COVID-19? Bagi saya tak pun sebab saya yakin lokasi ini sudah bersih dan selamat.
"Waktu kerja saya bertukar 360 darjah, pukul 2 pagi saya dan dua rakan Eddy dan Wan akan bersiap sedia mengambil stok untuk dibawa ke pasar. Kemudian kami akan keluarkan barang-barang untuk dijual di tempat kami.
"Setiap tong hasil laut yang kami jual bukannya ringan, tambah-tambah yang berisi ais.
"Selepas semua sudah diset, kami sediakan terlebih dahulu tempahan awal sebelum bersiap sedia menunggu pelanggan yang datang apabila hari sudah cerah.
"Apa yang boleh siang, kami siang dan bersedia pula untuk hari esok.
"Belum pun masuk tengah hari kami kemas balik, tukar air, simpan dalam bilik dingin beku atau hantarkan bekalan ke kawasan luar dari pasar pula.
"Begitulah rutin baharu saya setiap hari dan saya bersyukur sebenarnya kerja baharu ini memberikan peluang kepada saya meluangkan waktu bersama anak saya yang sedang membesar," katanya kepada Gempak.
Cerita Jeeva lagi, beralih bidang dari cef fine dining ke peniaga ikan membuka perspektif baharu dalam hidupnya.
"Ramai yang skeptikal, anggap pasar itu tidak bersistem. Orang datang, beli, balik. Tapi di pasar sendiri saya belajar satu sistem operasi yang berbeza. Bukan cincai-cincai!
"Ada peraturan perlu patuh dan setiap penjual ada disiplin diri yang tinggi. Perlu rapi, tersusun, proaktif dan tidak pentingkan diri," tambahnya.
Jeeva sebelum ini pernah berkhidmat sebagai cef di sebuah restoran dan mengambil keputusan untuk menukar haluan kerjayanya kepada guru tutor sambilan sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, pandemik COVID-19 telah mengubah sekali lagi landskap hidupnya hingga memilih untuk bekerja di pasar.
"Saya keluar dari bidang kulinari sebab mahukan waktu yang fleksibel untuk keluarga dan selepas dua tahun, apabila negara dilanda COVID-19, saya tiada pendapatan dan terpaksa mencari kerja lain.
"Sementara menunggu, kebetulan terbaca Pasar Borong Petaling Jaya sedang merekrut peniaga baharu jadi saya mencuba nasib.
"Tidak ada temuduga spesifik pun selain daripada pihak pengurusan mengambil maklumat peribadi dan bertanyakan pilihan untuk bekerja di bahagian sayur atau ikan.
"Tetapi saya dan dua sahabat saya itu bertuah kerana bertemu dengan pemilik gerai jualan ikan terbesar dan terus menawarkan kami bekerja dengannya," kata Jeeva lagi yang turut aktif bekerja sebagai runner pada sebelah petang.
Jeeva turut menempelak persepsi tidak sihat tentang individu yang bekerja di pasar sebagai lokasi yang kurang selesa dan selekeh.
"Ini peluang baharu saya untuk bekerja dalam kondisi seronok, dapat kenalan baharu yang rajin bekerja tanpa mengelat.
"Senario pasar sebagai lokasi yang kurang selesa hanya ditampilkan dalam drama-drama sahaja. Secara realitinya ia bukan seperti yang digembar-gemburkan. Asalkan ia datang dari sumber rezeki yang halal," simpulnya.
Sebelum ini, tular status entri Twitter miliknya yang berkongsi suasana di Pasar Borong Petaling Jaya selepas dibuka semula kepada orang ramai ekoran COVID-19.
Malah, kisah 'pejabat baharu'nya itu mendapat reaksi menyenangkan dari netizen.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.