Pelakon, Ruhainies mendapat perhatian peminat selepas memuat naik foto bersama kekasihnya.

Foto yang dimuat naik Ruhainies menerusi akaun Instagramnya itu menunjukkan Ruhainies berdiri bersama kekasihnya dengan berlatar belakangkan sebuah cermin.

Walaupun menutup wajah kekasihnya dengan menggunakan emoticon, namun refleksi sebahagian muka kekasihnya itu terpapar di cermin berkenaan.

“Tiba-tiba rasa tinggi sikit hari ni. Selalu takat shoulder dia je. Feeling sat la… Thanks for accompanying me today to the event and for taking the time out of your busy schedule,” tulisnya.

Tiba-tiba rasa tinggi sikit hari ni. Selalu takat shoulder dia je. Feeling sat la.. ? Thanks for accompanying me today to the event and for taking the time out of your busy schedule. ??

A post shared by @ ruhainies7 on


Walaupun hanya berdasarkan refleksi sahaja, rata-rata peminat memuji kekacakan kekasih pelakon cantik itu.

“Dari cermin pun dah nampak kacak... Semoga bahagia sayang,” komen @scha_myza

“Hellokkkk bf dia… Lupa cover muka dia kat cermin tu nampak bah,” puji @eyna_ahil

“Ehh hensemnya muka lam cermin tu,” tulis @wawaaaaaa_06

Foto: Instagram @ruhainies7