Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Dari Dulu Lagi Dia Suka Masak…”- Ibu Chacha Maembong

Syafiqah Jalal
14/05/2020 09:58 MYT
Ibu kepada pelakon Chacha Maembong iaitu Yatimah Zainab akui anaknya itu mempunyai bakat memasak sejak kecil.

Yatimah berkata Chacha suka mereka masakannya sendiri, namun ia menjadi dan sedap.

“Chacha ni memang suka memasak. Sejak kecil dia suka mereka sendiri masakkannya.

“Tapi saya suka la dia masak pasti sedap,” katanya.

Yatimah mendedahkan perkara tersebut di dalam program reality The House musim pertama dalam episod 10 yang pernah ditayangkan pada tahun 2016.

The House 1 menyingkap kehidupan tiga beradik selebriti popular, Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong menerusi sebuah program realiti digital.

Menerusi The House, peminat bepeluang untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah keakraban hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara keluarga Maembong.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.

Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!
 
#masak #Ibu #'Chacha #Maembong