Hiburan

"Dari Dulu Mahu Tapi..." - Rossa Mahu Rakam Lagu Dengan Siti Tetapi Ini Pula Halangannya

gempak
Amri Hassan
27/02/2019
02:12 MYT
Sponsor Banner
"Dari Dulu Mahu Tapi..." - Rossa Mahu Rakam Lagu Dengan Siti Tetapi Ini Pula Halangannya
Penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa menyatakan keinginan untuk merakamkan lagu duet bersama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Bagaimanapun, jelas Rossa terdapat halangan tertentu yang menyebabkan niat itu tergendala sejak sekian lama.
"Dari dulu lagi mahu merakamkan lagu bersama-sama Siti tetapi kami berbeza syarikat rakaman.
"Jadinya, ia agak sukar untuk direalisasikan.
"Oleh itu, kebanyakan duet kami cuma di atas pentas sahaja. Mudah-mudahan suatu hari nanti ia akan menjadi kenyataan," katanya kepada Gempak.
Rossa ditemui selepas konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada Khamis lalu.
Mengulas mengenai konsert tersebut, Rossa menyifatkan Siti sebagai individu yang luar biasa!
"Saya betu-betul mahu hadir ke konsert ini, jadi dari awal lagi sudah maklumkan kepada pengurusan saya untuk tidak mengambil sebarang persembahan pada malam ini.
"Konsert ini sangat luar biasa, saya boleh ikut menyanyi bersama-sama dan lagu-lagunya pun semua yang sudah dihafal.
"Sedikit sebanyak saya boleh flashback ketika usia muda dahulu.
"Suaranya luar biasa, ada tebal ada nipisnya. Masya-Allah!" tambahnya.
Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour di Jakarta berlangsung penuh gah dengan kehadiran lebih 3,000 penonton.
Siri jelajah konsert mega itu diteruskan di Singapore Expo, Singapura pada 2 Mac ini dan Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 Mac nanti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live