gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Iqbal Zulkefli Nafi Berhutang Dengan Doktor Gigi - "Sekali Saja Sponsor Tiga Tahun Lepas, Selebihnya Saya ..."
HIBURAN
Polis Kelantan Buru Dua Rakan Aniaya Eda Ezrin
BERITA
Peguam Sahkan Wujud Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Dari Johor Ke Perlis, Havoc Food Festival Ukir Nama Di Malaysia Book Of Records

Amri Hassan
Amri Hassan
11/08/2025
06:22 MYT
Sponsor Banner
Dari Johor Ke Perlis, Havoc Food Festival Ukir Nama Di Malaysia Book Of Records
Havoc Event & Management Sdn. Bhd. melakar sejarah apabila Havoc Food Festival (HFF) secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Largest Food Festival Tour Malaysia”.
Pengiktirafan ini diberikan selepas HFF berjaya melengkapkan siri jelajah ke semua 14 negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn. Bhd., YBhg. Dato’ Firdaus Nadxaman, berkata kejayaan ini adalah hasil dedikasi seluruh pasukan Havoc, vendor, artis, pihak berkuasa tempatan, rakan kerjasama, serta jutaan pengunjung yang hadir di setiap lokasi.
“Kejayaan ini adalah hasil dedikasi seluruh pasukan Havoc, vendor, artis, pihak berkuasa tempatan, rakan kerjasama, dan jutaan pengunjung yang hadir di setiap lokasi.
"Dari Johor hingga Sabah, dari Sarawak hingga Perlis, HFF bukan sekadar tentang makanan – ia tentang komuniti, kebersamaan, dan meraikan kepelbagaian rasa Malaysia.
"Pengiktirafan ini membuktikan kekayaan budaya kulinari negara, dan kami berbangga menjadi pemacu utamanya," katanya.
Untuk rekod, Perlis menjadi destinasi penutup kepada siri jelajah penuh warna-warni ini, dengan majlis penganugerahan berlangsung meriah di Dataran D, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra.
Sepanjang siri jelajah, HFF telah menarik lebih 18 juta pengunjung, menghimpunkan ratusan usahawan dan selebriti F&B dari pelbagai latar belakang, memperkenalkan hidangan warisan setiap negeri, serta mengetengahkan menu-menu viral terkini yang menjadi tumpuan ramai.
Festival ini turut menampilkan zon mesra keluarga, persembahan artis popular, dan pameran usahawan mikro serta PKS.
Kejayaan menjelajah ke semua negeri di Malaysia menjadikan HFF sebagai festival makanan bersiri terbesar pernah dianjurkan di negara ini.
Lebih daripada sekadar pesta makanan, HFF menjadi platform strategik untuk para usahawan mempromosikan jenama, meningkatkan jualan, dan membina rangkaian perniagaan.
Pada masa yang sama, festival ini merancakkan ekonomi setempat, menggalakkan sektor pelancongan, dan menyokong agenda Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan menarik pelancong domestik dan antarabangsa.
Penghargaan khas turut diberikan kepada penaja rasmi, Perfume Paradise, atas sokongan dan komitmen sepanjang penganjuran siri jelajah ini.
Topic Berkaitan
#Festival
#MBOR
#Havoc
#Iktiraf
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement