Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Dari Kaca TV ke Layar Perak, Anda Kini Boleh Tonton Program Signature Astro Di Pawagam Guys!

ZULHILMI JALIL
24/12/2020 13:20 MYT
Dari kaca televisyen, penonton kini berpeluang untuk menyaksikan program hiburan menarik Astro di skrin yang lebih besar di layar perak pula.
 
Ia merupakan hasil kerjasama strategik Astro bersama TGV Cinemas dalam menyediakan kandungan hiburan terbaik buat orang ramai.
 
Menerusi kerjasama itu, sebagai permulaan, sebanyak lima program signature live dan sebuah telefilem akan memulakan tayangan bermula bulan ini.
 
Antaranya termasuklah Sepahtu Reunion, Kampong Pisang Bersiri-siri, Muzikal Lawak Superstar 2, Suara Viral 2, Maharaja Lawak Mega dan Bigstage yang akan menemui anda sehingga 2021 nanti.
 
Berikut tarikh tayangan yang anda boleh letak dalam kalendar untuk anda tonton di pawagam TGV berdekatan:
 
Sepahtu Reunion: Setiap Khamis bermula 24 Disember 2020
Kampong Pisang Bersiri-siri: Setiap Isnin bermula 28 Disember 2020
Muzikal Lawak Superstar 2: Setiap Jumaat bermula 25 Disember 2020

 
Bermula minggu ini, orang ramai sudah mula boleh menonton program menarik tersebut di empat pawagam terpilih iaitu:
 
1. TGV Mesra Mall,
2. TGV Bukit Mertajam
3. TGV Vivacity
4. TGV 1st Avenue
 
Sementara itu, Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario berkata, pihaknya sentiasa komited dalam memberikan kandungan terbaik dalam usaha merancakkan lagi industri filem tempatan.
 
"Kami teruja untuk menawarkan rakyat Malaysia sebuah pengalaman unik dengan menyajikan program signatur popular yang kami ada di skrin yang lebih besar dengan kolaborasi bersama TGV," katanya.
 
Kesemua program signatur Astro itu boleh ditonton pada harga diskaun bagi ahli TGV Movie Club dan pelanggan Astro bermula serendah RM12.
 
Jadi, sempena cuti umum esok, apa kata jom kita serbu TGV untuk tonton program menarik Astro di pawagam!
 
Dalam pada itu, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.

Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!


 
#Astro #Pawagam #Layar Perak #'TGV