Personaliti dan sosialit popular Hollywood, Kourtney Kardashian dikhabarkan sedang menjalin cinta bersama pemain drum kumpulan Blink-182, Travis Barker.

Memetik laporan People, Kardashian, 41, dan Barker, 45, dipercayai telah lama berkawan dan akhirnya persahabatan mereka bertukar kepada hubungan istimewa.

Baru-baru ini, mereka meluangkan masa bersama di Palm Springs, California dan masing-masing ada berkongsi foto berada di lokasi berkenaan menerusi Instagram Story.

"Mereka pergi ke Palm Springs bersama, hubungan cinta mereka bermula sejak sebulan atau dua bulan lalu.

"Sebelum ini mereka hanya berkawan, namun akhirnya mereka bercinta," kata sumber.

Barker yang merupakan seorang duda memiliki dua cahaya mata serta seorang anak tiri hasil perkahwinan terdahulu bersama Shanna Moakler yang berakhir pada tahun 2008.

Sementara Kardashian dan bekas suaminya, Scott Disick mempunyai tiga cahaya mata iaitu Mason, 11, Reign, 6, serta anak perempuan, Penelope yang kini berusia lapan tahun.

Sumber : People
Kredit Foto : Instagram Kourtney & Celebrity Net Worth