Gaya Hidup
Dari Lauk Pauk Hinggalah Ke Kuih Muih, Selebriti Kongsi Resepi di Media Sosial - Penuhi Masa Di Rumah
Bukan hanya setakat mereka yang sering berkongsi resepi di Instagram seperti Sheila Rusly, Eina Azman dan Rozi Sangdewi, malah semakin ramai selebriti tanah air yang mula masuk ke dapur dan berkongsi resepi, mahupun mencuba resepi baru.
Di antaranya adalah Betty Rahmad, Farah Nabilah, Elfira Loy, Michael Ang dan ramai lagi.
Jom kita tengok masakan yang mereka kongsikan di Instagram masing-masing.
Sheila Rusly yang memang terkenal dengan masakan-masakannya berkongsi resepi Peknga bersama kari daging.
Michael Ang berkongsi resepi bagaimana membuat Wanton Mee.
Catriona Ross berkongsi resepi kuih tradisi daripada Kelantan iaitu Cek Mek Molek.
Eina Azman yang terkenal dengan ayat 'it's done' berkongsi masakan Asam Pedas Ayam.
Betty Rahmad pula menyediakan makanan terkenal di utara iaitu laksa.
Sherry Ibrahim berkongsi cara untuk memasak Cantonese Yee Mee.
Di Instagram Farah Nabilah, kuih Bingka Ubi menjadi pilihan untuk dikongsikan dengan semua.
Pengurus terkenal pada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Sangdewi pula berkongsi resepi Ayam Masak Kicap Halia.
Ramai lagi artis tanah air yang berkongsi resepi masing-masing. Mungkin ada resepi mereka adalah resepi turun temurun yang boleh menjadi panduan untuk kita mencubanya juga.
Must-Watch Video