Dari Menyanyi Kepada Mengacara, Neeta Manishaa Bijak Cari Peluang
Azwa Rahman
24/01/2020 06:14 MYT
24/01/2020 06:14 MYT
Naib juara Big Stage 2019 Neeta Manishaa mendedahkan dia bakal bergelar seorang pengacara TV.
Menurut Neeta, 25, dia akan mengacarakan sebuah program hiburan berjudul Mbuzz.
“Walaupun saya masuk industri ni sebagai penyanyi, menjadi seorang pengacara tu adalah kemahiran tambahan yang saya belajar.
“Kalau jadi penyanyi sahaja, belajar muzik macam tak cukup. Kita kena tahu apa kerjaya sebelah yang kita boleh cuba. Dan saya dah discover, kerjaya sebelah tu adalah bidang pengacaraan,” kata Neeta kepada Gempak.
Neeta ditemui ketika Anugerah Digital Muzik Era yang diadakan di Battle Arena, Petaling Jaya pada Jumaat.
Tambah Neeta lagi, dia pernah berpengalaman sebagai pengacara dari zaman kolej lagi.
“Saya anggap ni macam rezeki. Tapi dia tak kacau karier nyanyian saya pun. Mungkin dua karier sekali jalan ni buatkan lebih ramai yang kenal saya,” katanya lagi.
Sekitar tahun 2019, populariti Neeta memuncak apabila dia meraih tempat kedua program Big Stage selepas tewas di tangan bintang Korea, Han Byul.