,
Hiburan

Dari Model Kepada Pelakon & Penyanyi, Lee Sung Kyung Kini Pengacara Rancangan Starlight Boys Pula!

Amri Hassan
29/08/2024
18:52 MYT
Pelakon dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Lee Sung Kyung, secara rasmi sah menjadi pengacara rancangan variasi inspirasi remaja yang dinanti-nantikan, Starlight Boys.
Hal itu disahkan oleh iQIYI International yang tidak langsung telah menarik perhatian para peminat di serata dunia dan mencetuskan perbincangan meluas.
Sejak pengambilan peserta yang bermula pada bulan April lalu, Starlight Boys telah menarik minat bakat muda yang bercita-cita tinggi dari seluruh dunia dengan visi pentasnya.
Rancangan ini bertujuan untuk mencari dan membimbing generasi idola pelapis, memberikan para peserta peluang berharga untuk mempersembahkan bakat dan sekaligus mencapai impian mereka.
Penghasilan berkualiti tinggi serta kepelbagaian pengisian dalam program ini telah mendapat pujian yang tinggi dari pelbagai pihak.
Penglibatan Lee Sung Kyung dalam Starlight Boys menyuntik tenaga baru dan merancakkan lagi rancangan ini.
Dikenali sebagai pelakon berbakat yang serba boleh dalam industri hiburan Korea Selatan, Lee telah memenangi hati ramai peminat dengan personaliti beliau yang unik dan juga bakat seni yang tinggi.
Dari lakonan yang mengagumkan, nyanyian yang memikat hinggalah ke penampilan bergaya dalam persembahan nyanyiannya, Lee sentiasa mempamerkan kelebihan luar biasa disertai dedikasi yang tinggi.
Beliau sentiasa memberikan kejutan dan saat-saat yang penuh emosi yang mana ianya kekal di dalam minda penontonnya.
Dalam kerjaya lakonannya, Lee Sung Kyung telah membuat penampilan hebat dalam drama Korea popular seperti ‘Dr. Romantic’ dan ‘Weightlifting Fairy Kim Bok-joo’.
Kemahiran lakonannya yang semulajadi dan ekspresi emosi yang memukau telah berjaya memikat hati para penontonnya.
Memulakan kerjayanya sebagai model, citarasa fesyen serta personaliti unik beliau menjadi asas kukuh untuk kerjayanya terus berkembang dalam dunia hiburan.
Selain kerjaya lakonannya, Lee Sung Kyung juga cemerlang dalam bidang muzik. Mula belajar piano seawal usia tujuh tahun, dia mempunyai pengetahuan mendalam dan pandangan unik yang tersendiri terhadap muzik.
Dia telah muncul dalam pelbagai program muzik dan juga mengeluarkan beberapa lagu yang memikat serta mempamerkan kebolehannya dalam nyanyian.
Suaranya yang lunak, digabungkan dengan aura pentasnya yang memukau, telah memenangi hati ramai peminat dalam program muzik popular seperti ‘King of Mask Singer’. Selain itu, kolaborasinya dengan artis terkenal seperti Loco, Eddy Kim, Lee Chan-hyuk dari AKMU, Seulong dari 2AM, dan lain-lain, menonjolkan dan menaikkan lagi namanya dalam bidang muzik.
Lebih mengejutkan lagi, Lee Sung Kyung juga berbakat dalam tarian. Ini dipamerkan melalui persembahan di saluran YouTube miliknya dan juga semasa sesi bertemu peminat.
Untuk menzahirkan rasa terima kasih terhadap sokongan peminatnya, dia dengan gigih belajar menari lagu-lagu hit BLACKPINK seperti “DDU-DU DDU-DU” dan “SOLO” oleh Jennie, yang membuatkan para peminatnya terpegun.
Semasa pertemuan peminatnya di Asia pada tahun 2023, dia telah berjaya menyampaikan persembahan lagu "After LIKE" dari IVE dan "UNFORGIVEN" dari LE SSERAFIM dengan penuh semangat, dan telah mendapat reaksi yang luar biasa.
Kebolehannya untuk belajar dengan pantas dan bakat serba bolehnya membuatkan dia mendapat tempat di hati para peminatnya.
Selain bakatnya dalam bidang lakonan dan muzik, Lee Sung Kyung juga mempunyai kemahiran pengacaraannya yang luar biasa.
Dia telah memperoleh pengalaman yang meluas dalam mengacara pelbagai program, menambah aura dan lenggok gayanya ramah serta bijak berseloroh dan berjenaka.
Daya tarikan ini bakal membawa nafas baru dan harapan yang tinggi dengan penyertaannya dalam rancangan Starlight Boys.
Dengan rasminya Lee Sung Kyung sebagai pengacara, persiapan rancangan variasi Starlight Boys telah memasuki peringkat akhir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!

gempak
27/08/2024
02:30 MYT
Ratu Cantik dan pengacara, Vivienna Alfred, 27, menyahut cabaran merasai cabaran menyusuri kegelapan, laluan berbahaya, dan keletihan menerusi rancangan Caves & Cavern.
Sukan

“This Is Not Her, She Can Do Way Much Better Than This,” - Jiggy

gempak
15/08/2024
14:00 MYT
Pelawak, pengacara dan pelakon, Jiggy akui isu suntingan foto pihak tidak bertanggungjawab terhadap isterinya, penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri meninggalkan kesan emosi terhadap mereka berdua.
Hiburan

Peminat Mahu Irma Hasmie Kembali Berlakon, Ini Jawapan Empunya Badan – “Saya Masih Aktif Lagi, Cuma…”

gempak
01/08/2024
21:55 MYT
Pelakon Irma Hasmie memaklumkan dia masih menerima tawaran berlakon namun harus memberi keutamaan kepada keluarganya.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Hiburan

Artis Remaja Fikry Kiki Nafi Dibela Sugar Mummy Seksi, Modal Bisnes RM600,000 Usaha Keras Sendiri - "Saya Masih Ingat Dosa Pahala"

gempak
18/07/2024
07:50 MYT
Pelakon, penyanyi dan pengacara remaja, Fikry Kiki menafikan tuduhan segelintir pihak mendakwa dirinya dibela oleh 'sugar mummy'.