Seorang wanita yang menjadi agen pengedar susu pisang jenama Nilofa bertemu jodoh dengan jejaka yang merupakan pelanggannya.

Menerusi laman sosial Facebook, wanita yang dikenali sebagai Siti Hamima berkongsi momen perkenalan dengan suaminya Shakir Azman untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah, daripada customer susu Nilofa jadi jodoh,” tulis Siti sebagai kapsyen.

Menerusi perkongsian Siti, difahamkan perkenalan itu bermula apabila dia menghantar bekalan susu kepada Syakir.

Tampil segak dalam persalinan songkat merah, pasangan tersebut turut bergambar dengan sekotak susu pisang pada hari persandingan mereka.

Berita baik itu turut diraikan oleh Neelofa selaku pengasas susu pisang tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya teruja dan memberikan ucapan tahniah pada pasangan Siti dan Syakir.

Malah, tidak kurang juga ada yang mahu mula menjadi pengedar susu pisang tersebut dengan harapan bertemu jodoh seperti pasangan tersebut.

“Penangan susu Nilofa weh, ada harapan ni,” komen seorang wargamaya.

“Ternyata susu Nilofa benar-benar mengagumkan,” kata seorang wargamaya.

“Ade yang kenal tak agen perempuan susu Nilofa? Huhu,” usik seorang wargamaya.

“Tahniah kepada pasangan. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke jannah,” ucap seorang wargamaya.

“Ni mesti hari-hari repeat order ni,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto Siti telah mendapat hampir 2,500 perkongsian daripada warga Facebook.