Hiburan

Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."

gempak
Firdaus
02/05/2024
17:55 MYT
Sponsor Banner
Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."
Selebriti kontroversi Aliff Aziz mengakui terjalin cinta lokasi antara dirinya dan aktres, Ruhainies semasa penggambaran sebuah drama baru-baru ini.

Pendam Perasaan Tentang Masalah Rumah Tangga

Memberi penjelasan tentang perkara tersebut, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, memberitahu permulaan kepada berlakunya hubungan berkenaan adalah apabila dirinya sentiasa memendam perasaan tentang masalah rumah tangganya bersama Bella sehingga menjejaskan prestasinya di set penggambaran.
“Saya rasa perkara ni jadi sebab saya tak dapat nak berkomunikasi dengan Bella betul-betul. Dan setiap kali saya cuba untuk berkomunikasi, setiap kali saya ceritakan tentang perasaan saya, jadi pergaduhan.
“Sampai masanya saya rasa saya hanya perlu diamkan diri tanpa mengetahui yang berdiam diri hanya membuatkan lebih banyak masalah datang. Jadi saya berdiam diri dan mengalihkan perhatian saya dengan kerja.
“Tapi dalam beberapa minggu semasa penggambaran, saya rasa mungkin prestasi saya dalam kerja kurang memberangsangkan, dan seluruh orang di set penggambaran perasan perkara tu, dan Ruhainies pun tanya sama ada saya mempunyai masalah,” katanya.

Rapat Dengan Ruhainies Sebab Luah Perasaan

Bercerita lebih lanjut, Aliff menyatakan dirinya mulai rapat dengan Ruhainies selepas dia meluahkan perasaan tentang masalah peribadinya kepada aktres berkenaan di set penggambaran mereka.
“Pada awalnya memang tak ada campur urusan peribadi dengan kerja. Tapi tak lama selepas itu, kami jadi lebih rapat. Saya mula luah perasaan sedikit, di mana sampai sekarang saya rasa itu satu keputusan yang saya sangat saya kesalkan.
“Tapi saya rasa sebab perkahwinan saya yang bergolak dan banyak perasaan yang bercampur baur, saya akhirnya jatuh dalam permasalahan itu di mana saya mula luah perasaan sehingga Ruhainies rasa simpati.
“Tapi niat saya bukan untuk raih simpati, pada saya ia hanya untuk berkongsi dan luahkan apa yang saya rasa, tapi malangnya dengan berkongsi ia membuka pintu kepada peringkat untuk mengenali satu sama lain dengan lebih rapat.
“Saya ambil tanggungjawab penuh tentang itu, jika saya dapat putar balik masa, saya tak akan luah perasaan saya,” terang Aliff.
Sekadar info, pada 13 Mac lalu, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkannya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Isu di antara mereka semakin rumit apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.
Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai 'NRF'.
Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

BERITA TRENDING:“I’m Sorry” - Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Mohon Maaf Pada Bella Astillah

BERITA TRENDING: Lama Tak ‘Contact’, Aliff Aziz Akui Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella Astillah - “Tak Tahu Nak Mula Macam Mana”Sumber: The Common Folks
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live