Dari Perlis, Kempen #YouCanDuit Ke Kelantan Bersama Selebriti Popular!
Fiza Kamarudin
16/11/2017 04:23 MYT
16/11/2017 04:23 MYT
Selepas kempen #YouCanDuit berlangsung meriah di negeri Perlis pada 24 dan 25 Ogos lalu, edisi keenamnya akan bergerak ke negeri Kelantan pula.
Bakal berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Jeli, pada 17 hingga 19 November ini pengunjung kempen #YouCanDuit berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik bermula 9 pagi hingga 6 petang.
Selain itu, pelakon Erma Fatima yang popular menerusi drama bersiri Mok Cun juga akan bersama-sama pengunjung di negeri Cik Siti Wan Kembang untuk memeriahkan lagi acara yang berlangsung.
Bukan Erma sahaja, ada persembahan istimewa daripada Yus Zainal yang kini hit menerusi lagu #YOUCANDUIT
eRezeki membuka peluang kepada individu dan isi rumah berpendapatan rendah untuk meraih peluang menjana pendapatan, menerusi kaedah dan teknologi digital.
Individu akan diberi latihan untuk melakukan tugasan yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.
eUsahawan adalah program keusahawanan digital untuk pelajar-pelajar kolej vokasional dan usahawan mikro yang berminat menceburi perniagaan digital.
Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama mengetahui dengan lebih lanjut apa itu eUsahawan dan cara untuk menambah pendapatan secara digital!

#YOUCANDUIT merupakan kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan.