"Dari RM30,000 Sebulan Kaut RM1 Juta Dalam Tempoh ..." - Usahawan Ini Tinggalkan Dunia Korporat, Jual Cinamon Roll!
Amri Hassan
07/07/2023 14:43 MYT
07/07/2023 14:43 MYT
Tiada rahsia untuk menjadi usahawan jutawan sebaliknya ilmu dan bimbingan daripada mentor yang terbukti berjaya antara kunci kejayaan mereka.
Menurut Pengasas Homebaker@Clover, Rosli Manaf, meskipun beliau mempunyai pengalaman 30 tahun dalam dunia korporat, tak menjanjikan kejayaan dalam bisnes cinnamon roll dibuat.
"Saya bermula tanpa ada ilmu dan pengalaman dalam industri makanan & minuman ini tapi sedar usahawan memerlukan ilmu bisnes untuk berjaya.
"Sebab itu, saya ikuti program keusahawanan RichWorks hingga dari sekitar jualan RM30,000 sebulan berjaya cecah jualan RM1 juta pertama dalam tempoh enam bulan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadiri Pelancaran Geran Bimbingan Bernilai RM3 juta sempena Klinik Usahawan: Siri Bina Bisnes Berjaya oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman di Pejabat RichWorks.
Inisiatif Azizan bersama RichWorks tersebut menyasarkan 6,000 usahawan mendapat manfaat berbentuk latihan dan penilaian perniagaan yang dianjurkan bermula bulan ini hingga September nanti.
Sempena 7 Julai juga, Azizan turut mengumumkan program khas, 10x Bina Bisnes Berjaya (10xBBB) untuk bimbing perkembangan bisnes usahawan secara langsung di dewan sekitar Lembah Kelang pada 2 dan 3 September nanti.

Bekas akauntan pernah ternak itik
Sementara itu, bekas akauntan yang kini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Anjung Impian Development Sdn. Bhd., Hasni Ahmad memberitahu, bisnes pertamanya dalam penternakan itik bagi hasilkan telur lingkup dek penangan Perintah Kawalan Pergerakan ketika pandemik pada 2020.
"Saya cuba bisnes lain dengan jadi peniaga daging ayam dan lembu di pasar pun kecundang.
"Akhirnya saya pilih untuk belajar menjadi seorang kontraktor dan dapat bimbingan keusahawanan bersama RichWorks hingga capai jualan tujuh angka dalam masa enam bulan," ujarnya.

Jualan lebih RM1 juta
Sementara itu, pemilik pakaian trek jenama Future, Mohamad Rusydi Yusoff berkata, kejayaan dikecapinya hingga berjaya buat jualan lebih RM1 juta bila mendapat bimbingan yang terbukti berjaya.
"Mungkin orang cakap klise, tapi itulah titik tolak perjalanan saya dalam membina sebuah bisnes yang bertahan bahkan berkembang.
"Saya gunakan ilmu dan strategi dipelajari di samping tekankan soal branding dan marketing untuk buatkan bakal pelanggan kenal dan memilih Future," jelasnya yang dulu hanyalah seorang pekerja dalam industri sama.
Untuk maklumat lanjut, usahwan boleh layari laman sesawang www.richworks.com/satujutapertama