Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Dari Romantik Ke Seram, Syafiq Kyle Bukti Kemampuan Dalam Filem Pusaka

Kamaruddin Razal
30/10/2019 12:49 MYT
Filem Pusaka yang bakal ditayangkan bermula esok bakal membuktikan kemampuan lakonan pelakon Syafiq Kyle.

Sering membawakan watak romantik dalam naskhah drama yang dijayakan olehnya, Pusaka menjadi filem ketiga yang dijayakan oleh Syafiq selepas Langsuir dan Gol & Gincu Vol 2.

Biarpun pernah membintangi filem seram iaitu Langsuir, wataknya dalam filem Pusaka lebih menonjol dan berbeza.

Ia tidak hanya menampilkan elemen seram semata-mata kerana filem Pusaka menonjolkan unsur penyiasatan dalam garapan jalan penceritaannya.

Menerusi sedutan 24 minit pertama tayangan perdana filem Pusaka yang dimuat naik di laman YouTube Astro Shaw, ramai yang memuji kebolehan Syafiq dalam membawakan watak Inspektor Nuar.

Kepada peminat Syafiq, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan aktor ini menonjolkan sisi berbeza dalam filem Pusaka!


Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
#Syafiq Kyle #Pusaka #Filem Pusaka
;