"Dari ‘Sejantan-Jantan’ Perempuan, Sekarang Lebih Manja…”- Dini Ubah Janna Nick

Syafiqah Jalal
Disember 30, 2019 10:08 MYT
Pelakon Janna Nick kini sedang dilamun cinta selepas menjalinkan hubungan dengan Dini Azan Schatzmann.
Janna mendedahkan Dini telah mengubah dirinya menjadi lebih feminin dan manja.
“Terima kasih 2019. Banyak sangat perubahan berlaku kepada saya tahun ini. Daripada seorang wanita yang kasar dan ‘jantan’, sekarang lebih feminin dan manja, tapi dengan Dini sajalah.
“Kalau dengan orang lain, saya masih sama iaitu suka gelak kuat,” katanya.
Janna berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik video kompilasi saat romantis mereka bersama.
Tambah Janna lagi, Dini seorang yang banyak bersabar dan lembut bila bersamanya.
“Apa boleh dikatakan mengenai Dini, dia orang yang paling banyak bertolak ansur, sabar, paling lembut dan positif.
“Untuk lelaki di luar sana, jangan ingat perempuan kasar tidak pandai nak hormat pasangan. Kalau lembut layanan diberi, maka lembutlah dia,” katanya lagi.
Rata-rata pengikutnya suka melihat kebahagian mereka berdua dan menyifatkan mereka pasangan yang romantic dan secocok.
Terdahulu, Janna pernah mengumumkan hubungan mereka kepada media pada awal November 2019.
#Janna Nick #Kekasih #Perempuan #Dini Azan