Filem Ben & Jody yang menjadi buat mulut penggemar filem di Indonesia kini ditayangkan buat pertama kali di Malaysia.

Jika anda masih mengingati karakter Ben & Jody dalam filem popular Filosofi Kopi yang diterbitkan pada tahun 2015, naskhah kali ini juga tidak kurang hebatnya.

Bagi yang belum mengetahui, Ben & Jody ini merupakan sekuel filem Filosofi Kopi namun sedikit berlainan kerana ia mengetengahkan genre aksi.

Barisan pelakonnya Ben & Jody pula tidak perlu dipertikaikan lagi kerana lakonan mereka sememangnya mantap.

Antara pelakon yang membintangi Ben & Jody adalah Chicco Jerikho (Ben), Rio Dewanto (Jody), Yayan Ruhian (Aa Tubir), Hana Prinantina (Rinjani) dan ramai lagi.

Lebih istimewa lagi, filem ini juga merupakan filem aksi pertama Visinema Pictures dan produsernya, Cristian Imanuell berjaya merialisasikan impian tersebut.

Saksikan Ben & Jody yang ditayangkan terus buat pertama kali di pawagam rumah anda iaitu Astro First bermula 2 Jun 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.