Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Dari Seorang Perawat, Kini Pesakit COVID-19” – Sebaknya, Mohon Doakan Dr Ahmad Daniel

Mya Amri 24/03/2020 | 14:20 MYT
Laman Facebook Kelab Che Det berharap orang ramai dapat mendoakan pegawai perubatan, seorang doktor iaitu Dr Ahmad Daniel yang kini dijangkiti wabak COVID-19.
Menerusi info facebook berkenaan, Dr Daniel merupakan antara petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa pesakit yang dijangkit wabak berkenaan.
“Doakan untuk Doktor ini. Ya Allah, sedihnya - Ahmad Daniel
“DARI SEORANG DOKTOR PERAWAT COVID 19... KINI PESAKIT COVID 19.
“Ya Allah, tiba-tiba bergenang air mata aku... Tolong kita doakan sahabat kita ini. JANGAN PERNAH JEMU MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH...
“Beliau adalah salah seorang doktor yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa pesakit akhirnya disahkan positive COVID-19.
“Doktor dan petugas KKM sangat berisiko jadi pesakit COVID-19,” maklum akaun tersebut.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan kesihatan Dr Daniel dan berharap sentiasa berada dalam lindungan Allah.
“Allahuakbar, kesiannya... Penat, semoga dipermudahkan urusan rawatan dan kesembuhan. Semoga kuat semangat dan sabar yang tinggi dalam menghadapi ujian. Allah sayang anda semua,” tulis Roslina Alraghibin FiNajah.
“Semoga Allah mengurniakan kesembuhan terhadap Dr. Ahmad Daniel dan Ya Allah berikanlah keselamatan dan kasihatan kepada semua staff-staff KKM yang bertugas di negara kita. Aamiin,” doa Zulkifli Othman
Tidak kurang juga ada yang merayu agar rakyat Malaysia mematuhi arahan Perintah Kawalan Berkurung.
“Semakin hari semakin sayu bila tengok ramai yang positif, angka semakin meningkat. Jagalah jarak, jagalah diri sendri jangan percaya sesiapa pun dikeliling kita sebab simptom setiap individu berlainan terutama barisan frontliner kerana diri sendiri pun tak pasti dari mana dijangkiti. Jaga diri, kami hanya mampu mengirimkn doa agar segera wabak ini hilang,” pinta Puteri Almaira
Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#COVID-19
;