Hiburan

Dari Slim River Ke Washington! Zachrin Jaafars Martabatkan Songket, Cipta Sejarah Tempa Nama Di Pentas Antarabangsa

gempak
Mya Amri
01/01/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Dari Slim River Ke Washington! Zachrin Jaafars Martabatkan Songket, Cipta Sejarah Tempa Nama Di Pentas Antarabangsa
Pereka Malaysia, Sazrin Jaafar melakar sejarah tersendiri apabila membawa jenama fesyen miliknya iaitu Zachrin Jaafars ke pentas antarabangsa.

Martabatkan Songket di Washington

Lebih membanggakan, menerusi jenama itu, Sazrin telah mempamerkan koleksi berasaskan songket yang menakjubkan di Washington, DC, hujung tahun lalu.
Pertunjukan fesyen itu adalah sebahagian daripada Pameran Hari Songket Malaysia anjuran Kedutaan Besar Malaysia di AS yang menjemput Sazrin selepas melihat penampilan sulungnya di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW).

Menggabungkan songket tradisional dengan unsur moden ternyata jenama tersebut mempunyai kreativiti tersendiri dalam meraikan kekayaan warisan budaya Malaysia.

Koleksi itu juga menampilkan sulaman benang emas moden dan juga kerjasama dengan artis pewter @nusantara_touch untuk menambah aksesori dan beg tangan.
Disokong oleh Felda, Sazrin menggunakan kain songket tenunan tangan yang rumit dari Pahang, yang mengambil masa lebih 150 jam untuk menghasilkannya.
Untuk info, Sazrin merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen Universiti Teknologi Mara.
Dia mula menceburi bidang fesyen dengan mengambil tempahan jahitan di sekitar Slim River.
Selepas beberapa tahun menjalankan rutin tersebut, Sazrin akhirnya mengasaskan jenama Zachrin Jaafars, yang pada awalnya hanya memfokuskan pada baju pengantin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024