Money Heist: Korea - Joint Economic Area ialah pembuatan semula siri Netflix Sepanyol La Casa de Papel, yang berakhir pada Disember 2021 telah mendapat sambutan yang hebat sehingga ke seluruh dunia.

Sebelum ini La Casa de Papel telah memenangi Anugerah Emmy Antarabangsa untuk Siri Drama Terbaik pada 2018 sehingga berjaya menduduki tempat keempat, kedua dan kelima dalam kategori Netflix TV (bukan Bahasa Inggeris) selama 28 hari selepas tayangannya

Sebaik sahaja berita pembuatan semula siri terkenal dunia itu diumumkan, dunia mengalihkan pandangannya ke Korea.

Selaku penerbit eksekutif, Alex Pina orang yang bertanggugjawab mencipta kisah geng genius dalam topeng Salvador Dali, dirinya menunjukkan minat dan melihat negara tersebut mampu mencipta fenenomanya tersendiri.

"Kandungan filem dan drama Korea telah memikat penonton merentasi sempadan melalui kaedah dan budaya penulisannya yang unik selama ini. Saya terpesona dengan potensi versi Korea," kata Alex sambil menyatakan sokongannya terhadap pembuatan semula itu.

Sementara itu, selaku pengarah, Kim Hong-sun dan penulis Ryu Yong-jae bukan sahaja tertarik dengan siri asal apabila menunjukkan minat mereka bersama Netflix, tetapi juga mempertimbangkan kemungkinan untuk mereliasasikan pembuatan semula siri itu.

Pengarah Kim Hong-sun berkata, "Semua watak dalam cerita itu menarik. Apabila saya membayangkan pembuatan semula versi Korea, saya berharap untuk mengambil keseluruhan cerita asal, tetapi mengubah dibeberapa bahagian dan menambah sedikit sentuhan elemen Korea.

"Sebaik sahaja saya menonton bahagian asal Sepanyol 1 dan 2, saya serta-merta menjadi peminat siri itu. Apabila saya ditawarkan pembuatan semula, rasanya seperti takdir yang terbuka untuk saya" katanya.

Sementara itu, kata Ryu Yong-jae, dia turut menyatakan minat terhadap siri asal. “Ia bukan hanya tentang konfrontasi antara pencuri dan polis, tetapi saya melihat di sudut konflik dan keharmonian antara Selatan dan Utara yang boleh berfungsi dalam cerita itu,” katanya Ryu Yong-jae.

Siri ini mengisahkan semenanjung Korea berada di ambang penyatuan, dan muncul sekumpulan perompak bertopeng Hahoe berkeliaran di Unified Korea Mint (UKM), tempat di mana peristiwa ke arah penyatuan secara aman akan berlaku. Profesor bersama anak buahnya - Berlin, Tokyo, Moscow, Denver, Nairobi, Rio, Helsinki, dan Oslo berhasrat untuk mencuri empat trilion won dan bakal menjadi rompakan terbesar dalam sejarah.

Profesor menyiapkan pelbagai stratergi untuk sebarang perubahan yang mungkin berlaku untuk pasukannya memasuki dan keluar dari Unified Korea Mint (UKM), manakala perunding krisis tertinggi Korea Selatan, Inspektor Kanan Seon Woojin, dan Kapten Cha Moohyuk dari Ibu Pejabat Kementerian Keselamatan Sosial dari Utara bergabung tenaga untuk menentang rompakan.

Rompakan tidak seperti yang lain dan bolehkah mereka berjaya? Saksikan siri hebat ini menerusi aplikasi Netflix bermula 24 Jun ini.

Money Heist: Korea - Joint Economic Area dibintangi barisan pelakon hebat seperti Yoo Ji-tae (PROFESSOR), Kim Yunjin (Seon Woojin), Park Hae-soo (BERLIN), Jun Jong-seo (TOKYO), Lee Won-jong (MOSCOW), Park Myung-hoon (Cho Youngmin), Kim Sung-o (Cha Moohyuk), Kim Ji-hun (DENVER), Jang Yoon-ju (NAIROBI), Lee Joobeen (Yun Misun), Lee Hyun-woo (RIO), Kim Ji-hoon (HELSINKI), Lee Kyu-ho (OSLO) dan ramai lagi.