,
Laman Utama

Dari TikTok Ke Pentas Fesyen Milan, Khaby Lame Jadi Wajah Kempen Jenama Hugo Boss

Azwa Rahman
29/01/2022
09:10 MYT
Sensasi TikTok terkenal Khaby Lame diangkat menjadi wajah kempen bagi jenama fesyen antarabangsa Hugo Boss.
Memetik laporan Hollywood Reporter, Boss mengambil pendekatan penjenamaan semula yang menyasarkan segenap kelompok masyarakat.
Pemilihan Lame sebagai duta juga bertepatan lantaran pempengaruh yang berpengkalan di Itali itu kini mengumpul seramai 129 juta pengikut.
Menerusi laman sosial Instagram, Lame, 22, meluahkan rasa bangganya apabila terpilih menjadi duta bagi kempen jenama fesyen ‘high end’ tersebut.
“What an honour to be a boss,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Lame juga akan membuat kemunculan sulungnya di atas pentas runway di minggu fesyen Milan.
Boss turut mengumumkan kerjasama mereka bersama Lame ini dijangka akan berterusan selama beberapa tahun.
Selain menjadi wajah penghias kempen, kerjasama bersama Lame juga meliputi rekaan bersama untuk beberapa koleksi kapsul akan datang.
Di ruangan komen, rata-rata wargamaya seluruh dunia menitipkan ucapan tahniah di atas pengiktirafan tersebut.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih lebih 2 juta tanda suka dan hampir 10,000 komen.
Selain Lame, antara wajah-wajah popular yang turut menjadi duta bagi kempen #BeYourOwnBoss ini adalah Kendall Jenner, Hailey Bieber, Lee Min-ho, atlet antarabangsa Anthony Joshua, Alica Schmidt dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Individu Paling Ramai Pengikut Di TikTok, Khaby Lame Dedah Beragama Islam, Hafal Al-Quran

gempak
12/07/2022
09:43 MYT
Alhamdulillah.
Berita

Fabulous...Kemunculan Neelofa Di Milan Fashion Week Jadi Perhatian!

gempak
24/02/2019
23:30 MYT
Unitar