Jika anda penggemar platform media sosial TikTok, pasti anda mengenali figura bernama Satthiya Kandi.

Tampil bersahaja dengan video-video berunsur komedi, kehadiran Satthiya dengan kandungan-kandungan unik itu pasti sering dinantikan oleh penggemarnya.

Begitupun, bukanlah kandungan komedi yang dipertaruhkan semata-mata. Menurut Satthiya, dia juga turut ‘lantang’ mengangkat isu body positivity, termasuk menggalakkan pengikutnya untuk menanam rasa yakin selain menyayangi diri sendiri.

“Macam mana saya tampil yakin? Pertama sekali kita mestilah menyayangi diri sendiri. Tak kiralah badan kita macam mana, warna kulit macam mana, everybody is beautiful in their own way.

“Saya tak meraikan obesiti, kita kena jaga diri kita. Tapi, dalam masa sama, jangan rasa malu dengan diri sendiri, hanya kerana kita tidak sepadan dengan satu-satu standard. So I’m very vocal about it. Kalau saya malu, I don’t think I can be here right,” katanya kepada Gempak.

@satthiyakandi

???

♬ original sound - Adza Irda

Satthiya ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Legenda Puteri Qaseh yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.

Ditanya mengenai penglibatannya dalam bidang lakonan, Satthiya mempunya pendirian yang tersendiri memandangkan bakatnya dihidu daripada platform TikTok.

“Saya lihat platform TikTok ini sebagai satu peluang untuk orang mempersembahkan bakat. Sebab dekat mana-mana pun, kita boleh berikan sesuatu yang terbaik.

“Jadi, platform media sosial merupakan tiket untuk saya tunjukkan bakat. Saya rasa, dengan talent yang betul, saya dapat masuk industri. Talent speaks more, doesn’t matter where you come from,” katanya lagi.

Saksikan Satthiya yang memegang watak Zaindaya menerusi Legenda Puteri Qaseh yang disiarkan bermula 9 Januari pukul 9 malam di Astro Ceria.

Tayangan episod pertama turut merupakan tayangan istimewa dengan tontonan ulung berdurasi satu jam yang padat dengan penceritaan permulaan siri ini.

Untuk pilihan lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box dengan Pek Entertainment. Whatsapp "Nak ASTRO" ke 03-9543 3838.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.