Dari Tongkang Pecah Menjadi 'Mahligai', Usaha Murni Bantu Keluarga Cina Ini Buat Ramai Sebak!
Hanafis Haris
20/01/2020 10:46 MYT
20/01/2020 10:46 MYT
Usaha murni dilakukan oleh seorang sukarelawan yang membantu sebuah keluarga Cina meruntun hati netizen.
Biarpun berlainan bangsa, tindakan mulia itu telah menerima pujian ramai.
Malah, posting yang dikongsi individu tersebut iaitu Mohd Fadli Salleh telah viral di media sosial.
Menurut Mohd Fadli, pertemuan antara dia dan keluarga berkenaan terjadi apabila seorang penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) mengadu mengenai keluarga tersebut.
"Bila sampai je di situ, saya terkejut rumah mereka lagi teruk dari tongkang pecah. Si ayah tak boleh kerja berat, ada penyakit kronik. Hanya isteri yang bekerja sebagai cleaner di sebuah hotel di Ampang," katanya.
Jelasnya, air rumah tersebut juga dipotong akibat tidak mampu nak bayar sewa rumah.
"Tertunggak hingga beribu bahkan notis keluar rumah pun dah sampai.
"Namun, walaupun mereka miskin, pendidikan anak-anak mereka tak abai. Waktu saya sampai, dua anak mereka tiada di rumah. Pergi kelas tambahan percuma yang dianjurkan oleh persatuan penduduk," katanya.
Tambahnya lagi, dia nekad untuk membantu keluarga tersebut, sekurang-kurangnya mereka mendapat bekalan air bersih.
"Kami dan pasukan Dana Kita telah turun padang dua minggu bergotong royong bersihkan rumah uncle ini. Tiga lori sampah diperlukan untuk bersihkan tau.
"Sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini, keluarga ini dapat menyambut dengan meriah yang sudah bertahun-tahun mereka tidak kecapi. Bertahun-tahun juga tiada siapa peduli.
"Tidak kisah apa agama mereka. Apa pula bangsa mereka. Namun mereka tengah susah, mereka tengah tersepit, mereka tengah memerlukan pertolongan dan bantuan.
"Selagi mampu aku dan Dana Kita akan cuba membantu sesiapa sahaja tanpa mengira kaum, agama dan bangsa," katanya.
Anda boleh lihat posting penuh di bawah.