,
Berita

“Dari Zaman Mak Dia Sampai Anak, D Je…”- Sekali Lagi, Shiera Sempoi Dedah Keputusan PT3 Anak

Syafiqah Jalal
19/12/2019
09:03 MYT
Sempoi! Sekali lagi pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah atau Shiera berkongsi keputusan peperiksaan anaknya.
Seperti ramai yang sedia maklum keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah diumumkan hari ini.
BACA: "Anak Kita Tak Berapa, Sikit Lagi Nak Fail BM" - Sempoi Betul Shiera Kongsi Keputusan UPSR Anak Dapat 2A
Shiera menerusi akaun Instagram miliknya mendedahkan keputusan penuh anaknya, Airell yang menerima 1A, 2F, 6D.
“Dari zaman mak dia sampai laa ke anak D je..Apa ni...adoiiiii
“Dah cakap kat suami suruh pergi pagi-pagi ambil satu je A
“Jangan hina anak kita...tau.. Kita pun macam tu dulu..
“Tapi kita bayar tax. Rajin pergi rumah orang kahwin. Rajin pergi hospital tengok orang sakit. Bergantung kalau tak busy
“Nanti kita ajar anak kita sekolah hidup. Supaya hormat orang tua dan tak macam orang lain komen kecikkan hati orang..ya…Hidup gelak ketawa dan kecewa..biasa ya
“Tahniah yang dapat A...Jauhi DADAH...banyak D ni,” tulisnya. Perkongsian jujur Shiera itu mendapat pelbagai respon daripada peminat yang mengucapkan tahniah atas keputusan tersebut.
Malah, ada yang memberikan kata-kata semangat agar anaknya terus berusaha dan tidak berputus asa dengan keputusan yang diperoleh hari ini.
“English A tu. Bukan biasa-biasa.
“Tak apa Shira...tu dah terbaik ....jangan putus asa ..ada 2 tahun ..form 5 usaha lgi...
“Kak, saya dulu pun banyak D. Tapi sekarang saya dah buat MASTER dan pegawai kebudayaan,” komen antara peminat.
Shiera berkahwin dengan pelakon Ijoy dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Shiera turut mempunyai seorang anak bernama Allisya merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Shiera bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.
Apa-apa pun buat semua calon PT3 yang memperoleh keputusan hari ini, selamat maju jaya daripada kami di Gempak!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.