Personaliti TV popular Aidid Marcello punyai cara tersendiri untuk menghargai pengorbanan isterinya, Norzie Pak Wan Chik yang menjaganya selepas pembedahan ACL Jun lalu.

Menerusi ucapan yang ditulis buat isterinya yang masih bertugas sebagai penyampai berita di sebuah stesen televisyen swasta itu, ramai yang melahirkan rasa terharu dan tersentuh dengan tanggungjawab Norzie.

"Daripada hari aku sakit 22 hari lepas sampailah sekarang, aku tahu dia ni penat sangat dengan kena jaga aku dan dia dah kena baca Nightline news lagi, kadang-kadang sampai umah jam 1 pagi.

"Ya Allah, Kau berilah kekuatan semangat, kesihatan berpanjangan, dijauhkan daripada sebarang penyakit-penyakit berbahaya, diberkati rezeki dan lindungilah serta kasihanilah dia sepertimana setiap saat dia mengasihani aku dan keluarganya.

"Jom sampaikan doa ini kepada isteri, ibu dan sesiapa sahaja yg kita tahu tahap pengorbanannya hebat bagi membantu kita. Saya doakan untuk semua juga," tulisnya.

Daripada hari aku sakit 22 hari lepas sampailah sekarang, aku tahu dia ni penat sangat dengan kena jaga aku + dia dah kena baca #nightline news lagi, kadang2 sampai umah jam 1 pagi. Ya Allah, Kau berilah kekuatan semangat, kesihatan berpanjangan, dijauhkan daripada sebarang penyakit2 merbahaya, diberkati rezeki dan lindungilah serta kasihanilah dia sepertimana setiap saat dia mengasihani aku dan keluarganya. Jom sampaikan doa ini kepada isteri, ibu dan sesiapa sahaja yg kita tahu tahap pengorbanannya HEBAT bagi membantu kita ? amin. Saya doakan untuk semua juga ?? #aididitagain #aididitmyway #aididaclprogress #aididmarcellostyle #aididmarcellofamily #ilovemywife #mylifepartner #work #latenight #news #livenews #berkorban #tanggungjawab #isteri

A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on


Aidid kini dalam proses rawatan pemulihan selepas menjalani pembedahan ACL selepas cedera akibat bersukan.

Baca: "Pertama Kali Dalam Hidup 38 Tahun" - ACL Putus, Aidid Marcello Selamat Jalani Pembedahan

Aidid dan Norzie telah mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @aididmarcello