HIBURAN
“Daripada Kau Pakai Sendat, Tengok Pun Tak Selera, Berlemak-Lemak!” – Dituduh Selekeh Pakai ‘Baggy’, Aslam Pertahan Umisya
Personaliti media sosial, Umisya Mazlan menjadi perhatian warganet selepas gaya pemakaiannya yang longgar atau ‘baggy’ dikritik sebagai selekeh oleh seorang individu ketika siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Dalam video berdurasi satu minit itu, Umisya dilihat sedang meluangkan masa bersama suaminya, Aslam dan anak bongsu mereka, Haya, sambil mengenakan pakaian sedondon.
Namun, penampilan sopan dan santainya itu mengundang komen negatif daripada seorang pengguna media sosial yang menuduhnya kelihatan selekeh hanya kerana memakai pakaian longgar.
“Dia cakap selekeh kalau pakai baggy,” ujar Umisya tenang membacakan komen tersebut.
Tidak membiarkan isterinya dihina, Aslam tampil mempertahankan isteri pertamanya itu/
“Daripada kau pakai sendat-sendat. Tengok pun tak selera. Berlemak-lemak,” katanya membalas kritikan tersebut.
Umisya kemudian menambah, pemilihan pakaian longgar sebenarnya lebih memudahkan pergerakan harian, terutamanya bagi wanita Muslim.
“Perempuan diarahkan untuk pakai longgar sebab senang nak bergerak. Kalau baggy ni, nak solat pun boleh,” jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Umisya yang tetap bergaya sambil menjaga batasan aurat.
Ramai turut menyatakan rasa kagum terhadap cara Aslam mempertahankan isteri kesayangannya itu daripada kecaman.
“Baggy tapi still nampak manis.
“Respect kat Aslam, bukan saja pertahan isteri, tapi tegur dengan penuh fakta,” komen beberapa netizen.