Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Daripada Tanya Bila Nak Beranak, Lebih Baik…”- Jawapan Elizad Bila Ditanya Soal Anak Raya Ini

Syafiqah Jalal 23/05/2020 | 06:57 MYT
Pelakon dan pengacara Siti Elizad akui sudah bersedia berdepan dengan soalan mengenai anak jika ia ditujukan kepadanya pada Hari Raya ini.
Menurut Elizad mungkin juga soalan mengenai anak sudah mula kurang kerana seperti ramai sedia maklum dia kini sedang menjalani rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF)
“Saya tak pasti lah Raya ni bagaimana tapi saya rasa kali ini mungkin ramai akan tanya tentang rawatan IVF . Jadi kalau mereka tanya begitu, saya sudah tahu nak jawab apa.
“Saya akan minta mereka doakan yang baik-baik.,” katanya kepada Gempak.
Kata Elizad, dia akan meminta semua yang bertanya itu supaya mendoakan proses IVF yang akan disambung semula Ogos ini berjalan lancar.
“Kalau tiada aral melintang , bulan 8 ini saya akan memulakan rawatan pertama . Jadi daripada tanya “bile nak beranak ? “ lebih baik mereka doakan rawatan ini dapat berjalan dengan lancar,” katanya lagi.
Menyentuh mengenai sambutan Syawal yang menjelang esok, penyampai radio Sinar itu berkata dia tidak akan menerima tetamu sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir.
“Tahun ini agak berlainan , jadi saya tak kemana-mana. Bapa sahaja bersama saya termasuk adik beradik saya yang rumah berdekatan. Jadi malam raya ni semua akan tidur rumah saya.
“Lagipun kali ini saya hanya terima kunjungan daripada adik beradik sahaja. Setakat ini belum ada lagi kawan-kawan yang hendak datang beraya.
“Tapi seelok-eloknya untuk memastika semua dapat menjaga keselamat dan kesihatan diri, kita berjumpa selepas PKPB selesa sahaja,” ujarnya.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.
;