Hiburan
"Daripada Tersidai Baik Saya Serahkan Kepada Pemilik Baru .." - Janna Nick Sedih Kereta Kesayangan Terpaksa Dijual
Aktres jelita, Janna Nick meluahkan rasa sedih kerana terpaksa menjual trak pikap kesayangannya, Ford Ranger berwarna hitam.
Kata Janna, kereta yang dibeli pada tahun 2016 itu adalah paling banyak berjasa dalam kehidupannya terutama ketika penggambaran.
"Hari yang menyedihkan untuk saya harini. Saya akan jual kereta saya, baby nombor tiga yang dibeli.
"Kereta itulah yang ada masa saya susah. Sebab dulu masa nak pergi set penggambaran, kereta tu sangat berfungsi untuk letak banyak barang.
"Saya terpaksa jual sebab dah tak digunakan. Daripada tersidai kat kawasan letak kereta, baik saya serahkan kepada pemilik baru," katanya.
Sesi luahan perasaan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya, semalam.
Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Jannah Muner itu menidakkan dakwaan netizen yang mengatakan dia tidak menghebahkan tentang penjualan kereta itu.
"Kereta adalah liabiliti. Kalau simpan lama dan tidak digunakan, harganya akan jatuh. Jadi ia merugikan.
"Daripada saya simpan, baik dijualkan. Bukan saya tak menguar-arkan pasal kereta tu.
"Lepas saya bagitahu kawan, terus dah jumpa individu yang berminat," katanya lagi.
Must-Watch Video