#DariPandanganDrSay: Anak Autisme Satu Kecacatan?
Gempak
27/08/2024 09:46 MYT
27/08/2024 09:46 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say merupakan antara insan terpilih untuk memiliki anak istimewa yang dikategorikan sebagai autisme.
“Mengimbau kembali bila saya dikurniakan anak pertama tahun 2019 dahulu, selepas 4.5 tahun mencuba untuk mendapatkan zuriat, sudah semestinya saya tersangat gembira.
“Sepanjang proses Trying To Conceive (TTC) atau bahasa melayunya percubaan untuk mendapatkan zuriat dulu, pelbagai ujian yang telah saya dan isteri lakukan.
“Antaranya check hormon level isteri, check sama ada saluran peranakan isteri ada tersumbat atau tidak dan semuanya normal.
“Jadi tiba masa saya untuk buat ujian dan saya yang found out to be tak subur. Jadi saya ubah gaya hidup. Alhamdulillah lepas ubah gaya hidup untuk 2 bulan, isteri mengandung.
“Gembira tak terkata dapat azan di telinga kanan anak saya pada 5.5.2019, anak lelaki.
“Namun semua kegembiraan itu bertukar duka abila isteri perasan yang anak kami nampak pelik seawal usia empat bulan,” kongsinya kepada Gempak.
“Katanya eye contact bila diberi susu tidak bagus walhal seawal enam minggu bayi patut ada eye contact.
“Tiada social smile atau tiada senyuman bila anak kami diagah-agah, sedangkan social smile sepatutnya ada seawal umur dua bulan.
“Terus terang ketika itu saya dalam fasa in denial maksudnya saya fikir ‘takkanlah Allah nak bagi aku anak cacat lepas 4.5 tahun aku diuji untuk mendapatkan zuriat?’
“Terus saya diamkan isteri saya. Apa jua video yang dilihatnya mengenai autisme, kisah yang dia baca saya tak nak tahu dan saya larang dia daripada bercerita kepada saya.
“Saya tak nak serabut otak memikirkannya sebab kalau autisme, saya sebagai bapa kena hidup dengan anak ada kondisi tu sepanjang hidup saya,” jelasnya.
Malah dia sendiri membawa anaknya untuk mendapatkan ujian dan menerima rawatan.
“Tapi satu malam bila anak saya umur setahun setengah, dia gembira dan tangannya flap. Cukup banyak tangannya flap masa tu.
“Ketika itu juga saya menangis, kiranya betullah apa yang isteri saya cuba nak sampaikan pada saya selama ini tapi saya yang degil tak nak percaya.
“Keesokan hari terus saya cari pusat yang boleh assess anak kami sebab autism boleh dinilai seawal umur setahun setengah walaupun di klinik kesihatan, MCHAT nama ujiannya
“Anak saya didiagnos moderate autism with speech delay apabila dia berumur dua tahun setengah sebab memakan masa untuk dapatkan appointment pakar perkembangan kanak-kanak.
“Awal awal memang sukar untuk saya terima sebab macam saya cerita autism ni bukan macam penyakit yang boleh sembuh dengan ubat.
“Tetapi ia adalah satu kondisi yang akan bersama kanak-kanak itu selama mana dia hidup sama lah seperti ADHD (attention deficit hyperactive disorder), dyslexia dan banyak lagi kondisi lain namun ia boleh dikawal dengan terapi yang intensive.
“Dan awal-awal memang anak saya teruk, kalau pergi shopping mall dia akan naik turun eskalator berpuluh kali sebab dia ada obessesion kepada benda benda pelik macam eskalator, tayar basikal, kereta dia nak susun satu line, main seorang diri.
“Alhamdulillah sekarang dia dah berumur 5 tahun dan hasil terapi yang kami mulakan pada dia sejak dia berumur setahun setengah, banyak sangat perubahan positif yang mana followers saya menyangkakan anak saya normal,” jelasnya.
Anak autisme bukanlah satu kecacatan sebaliknya anugerah yang tidak ternilai.
“Sebagai ibu bapa, saya dan isteri, kami tahu perit getir yang dilalui sepanjang membesarkan anak syurga ini.
“Dan kami faham kisah yang menimpa adik Zayn Rayyan sebab anak kami pun suatu masa dahulu jika pintu pagar rumah tidak ditutup, dia akan hilang dari rumah.
“Selepas tular kisah adik Zayn Rayyan, barulah masyarakat mula cakna dengan anak-anak yang ada autisme.
“Nak kata makin ramai budak ada autisme di Malaysia ini ada kemungkinan, tapi apa yang pasti kesedaran mengenai apa itu autisme memang meningkat.
“Moral of the story, autisme bukanlah satu kecacatan tapi ia adalah satu anugerah.
“Hikmah yang saya dapat dikurniakan anak autisme adalah, Allah nak tunjuk pada saya yang dunia hanyalah persinggahan dan Allah nak tunjuk yang saya perlu utamakan keluarga berbanding kerjaya, kemahsyuran dan kekayaan,” ujarnya.
Terdahulu. Dr Say dan isterinya, Dr Azura Abas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aezriel (Ace) 5, Sefriel (Sef) 3, dan Zeqriel (Zeq) yang kini berusia tujuh bulan.
Anak nampak pelik seawal empat bulan
Berkongsi lebih lanjut mengenai pengalamannya membesarkan anak autisme, Dr Say berkata dia mula menyedari terdapat perubahan pada anak sulungnya seawal usia empat bulan.“Mengimbau kembali bila saya dikurniakan anak pertama tahun 2019 dahulu, selepas 4.5 tahun mencuba untuk mendapatkan zuriat, sudah semestinya saya tersangat gembira.
“Sepanjang proses Trying To Conceive (TTC) atau bahasa melayunya percubaan untuk mendapatkan zuriat dulu, pelbagai ujian yang telah saya dan isteri lakukan.
“Antaranya check hormon level isteri, check sama ada saluran peranakan isteri ada tersumbat atau tidak dan semuanya normal.
“Jadi tiba masa saya untuk buat ujian dan saya yang found out to be tak subur. Jadi saya ubah gaya hidup. Alhamdulillah lepas ubah gaya hidup untuk 2 bulan, isteri mengandung.
“Gembira tak terkata dapat azan di telinga kanan anak saya pada 5.5.2019, anak lelaki.
“Namun semua kegembiraan itu bertukar duka abila isteri perasan yang anak kami nampak pelik seawal usia empat bulan,” kongsinya kepada Gempak.
Ada tanda-tanda awal autisme & fasa in denial
Jelas Dr Say lagi, terdapat tanda-tanda awal autisme pada anak sulungnya, Ace, namun pada ketika itu dia masih berada dalam fasa penafian (in denial).“Katanya eye contact bila diberi susu tidak bagus walhal seawal enam minggu bayi patut ada eye contact.
“Tiada social smile atau tiada senyuman bila anak kami diagah-agah, sedangkan social smile sepatutnya ada seawal umur dua bulan.
“Terus terang ketika itu saya dalam fasa in denial maksudnya saya fikir ‘takkanlah Allah nak bagi aku anak cacat lepas 4.5 tahun aku diuji untuk mendapatkan zuriat?’
“Terus saya diamkan isteri saya. Apa jua video yang dilihatnya mengenai autisme, kisah yang dia baca saya tak nak tahu dan saya larang dia daripada bercerita kepada saya.
“Saya tak nak serabut otak memikirkannya sebab kalau autisme, saya sebagai bapa kena hidup dengan anak ada kondisi tu sepanjang hidup saya,” jelasnya.
Diagnosis sebagai moderate autism with speech delay
Bagaimanapun kata Dr Say, lama-kelamaan dirinya mula menerima ketentuan takdir dengan hati yang terbuka.Malah dia sendiri membawa anaknya untuk mendapatkan ujian dan menerima rawatan.
“Tapi satu malam bila anak saya umur setahun setengah, dia gembira dan tangannya flap. Cukup banyak tangannya flap masa tu.
“Ketika itu juga saya menangis, kiranya betullah apa yang isteri saya cuba nak sampaikan pada saya selama ini tapi saya yang degil tak nak percaya.
“Keesokan hari terus saya cari pusat yang boleh assess anak kami sebab autism boleh dinilai seawal umur setahun setengah walaupun di klinik kesihatan, MCHAT nama ujiannya
“Anak saya didiagnos moderate autism with speech delay apabila dia berumur dua tahun setengah sebab memakan masa untuk dapatkan appointment pakar perkembangan kanak-kanak.
Perubahan selepas proses terapi
Dr Say juga menyatakan rasa syukur apabila terdapat perubahan pada anaknya selepas menjalani sesi terapi.“Awal awal memang sukar untuk saya terima sebab macam saya cerita autism ni bukan macam penyakit yang boleh sembuh dengan ubat.
“Tetapi ia adalah satu kondisi yang akan bersama kanak-kanak itu selama mana dia hidup sama lah seperti ADHD (attention deficit hyperactive disorder), dyslexia dan banyak lagi kondisi lain namun ia boleh dikawal dengan terapi yang intensive.
“Dan awal-awal memang anak saya teruk, kalau pergi shopping mall dia akan naik turun eskalator berpuluh kali sebab dia ada obessesion kepada benda benda pelik macam eskalator, tayar basikal, kereta dia nak susun satu line, main seorang diri.
“Alhamdulillah sekarang dia dah berumur 5 tahun dan hasil terapi yang kami mulakan pada dia sejak dia berumur setahun setengah, banyak sangat perubahan positif yang mana followers saya menyangkakan anak saya normal,” jelasnya.
Hikmah dikurniakan anak istimewa
Kongsi Dr Say lagi, untuk menjaga anak autisme itu tidak mudah namun sebagai manusia kita harus reda dan berdamai dengan takdir.Anak autisme bukanlah satu kecacatan sebaliknya anugerah yang tidak ternilai.