,
Laman Utama

“Darjat Lagu Itu Lagi Tinggi Bila Dia Tiada” - Misha Akui Terkilan Tak Sempat Lancar Lagu Duet Bersama Adibah Noor

Izwan Isa
24/06/2022
02:50 MYT
Penyanyi Misha Omar mengakui berasa terkilan kerana lagu duet yang pernah dirakam bersama arwah Adibah Noor, Jiwa Sentuh Jiwa tidak sempat untuk diluncurkan selepas ia dirakam sekitar enam tahun lalu.
Misha berkata, dia tidak tahu apakah perancangan seterusnya memandangkan segala hak cipta bagi lagu hasil ciptaan Aubrey Suwito itu dipegang oleh arwah.
“Saya rakam lagu tersebut bersama arwah sekitar 2016 dan klip videonya pula pada 2019, betul-betul sehari sebelum saya bersalin. Dia ada bertanya pada saya, adakah saya okey jika lagu dan klip video berkenaan diluncurkan?
“Jawapan saya kenapa tidak, kerana ia bakal menjadi kenang-kenangan yang indah buat kami berdua. Bagaimanapun, selepas ketiadaan arwah, saya sendiri tidak tahu apakah status lagu berkenaan.
“Sudah tentu (terkilan)... Tapi, saya hanya menjadi bintang tamu sahaja bagi lagu berkenaan dan hak cipta bagi Jiwa Sentuh Jiwa ada pada arwah. Begitupun, saya rasa, darjat lagu itu menjadi lebih tinggi apabila dia telah tiada,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Terdahulu, mengikut perancangan, Adibah Noor ingin memuatkan lagu berkenaan dalam album baharunya, yang turut menampilkan beberapa lagu duet bersama artis popular seperti Anuar Zain.
Ditanya mengeni perasaannya apabila mendapat khabar tentang pemergian Adibah, Misha berkata: “Dia seperti seorang kakak yang baik. Dia disayangi oleh semua orang. Kerana dia merupakan pendidik, jadi dia sentiasa lantang untuk menegakkan perkara-perkara yang baik.
“Dia merupakan one of kind - menyanyi, berlakon, mengacara - semua dia mampu lakukan. Jadi, perginya arwah ke pangkuan Illahi merupakan satu kehilangan yang besar dalam industri seni,” katanya lagi.
Untuk rekod, Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles akibat penyakit kanser ovari tahap empat, pada 18 Jun 2022.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M.Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Bergabung Untuk Konsert Amal MPO Resonance For A Reason!

gempak
29/09/2024
13:54 MYT
Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) bakal mengadakan Konsert Amal MPO (‘Resonance for a Reason’) yang akan diadakan pada Sabtu, 9 November 2024 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.
Hiburan

Pernah Viral Nyanyi Lagu Ziana Zain, Ayish Malkan Kini Bergelar Penyanyi & Lancar Lagu Pertama - "Cinta Dicintai Sentuh Sanubari..."

gempak
17/07/2024
18:48 MYT
Hanya kerana video nyanyiannya tular, nama Ayish Malkan akhirnya dikenali oleh sebahagian besar peminat.
Hiburan

Belasungkawa: Jadi Rujukan, Allahyarham HUZZ Sempat Kenang Minta BMG Isi 10 Kali Lagu Misha Omar, Bunga-Bunga Cinta Dalam Kaset

gempak
08/06/2024
11:34 MYT
Al-Fatihah buat Allahyarham Huzz.
Viral

“Saya Bayangkan Pontianak Sedang Berbuai Dekat Pokok Ara Sambil Menyanyi” – Ajai Dedah Inspirasi Di Sebalik Lagu Pulangkan

gempak
02/06/2024
11:55 MYT
Komposer, penulis lirik dan penyanyi Ajai mendedahkan inspirasi sebenar di sebalik lagu ciptaannya, Pulangkan.
Viral

Gara-Gara Dengar Lagu Pulangkan, Individu Dedah Rakan Sebilik Mimpi Dirinya Muncul Dengan Wajah Seperti Terbakar, Pakai Baju Orang Lama

gempak
31/05/2024
03:02 MYT
Seorang individu mendakwa yang dia dan rakan sebiliknya mengalami kejadian pelik selepas mendengar runut bunyi Pontianak Harum Sundal Malam, Pulangkan yang dipopularkan oleh Misha Omar.
BorakSeeni