Pelawak dan bekas penyampai radio, Shahrol Shiro berkongsi pendapatnya tentang situasi apabila berlaku pemindahan seseorang penyampai radio dari satu stesen ke sebuah stesen lain.

Menurut Shahrol, sepatutnya pihak pengurusan stesen radio lebih profesional dan menghargai penyampainya yang pernah bertugas dengan mereka bukan sebaliknya.

Shahrol menyentuh isu berkenaan apabila berkongsi satu artikel mengenai Pengurus Besar Stesen Suria FM, DJ Lin yang terkilan akan keputusan Fizi Ali meninggalkan stesen radio yang mana tempat yang sama pernah dia bertugas dahulu.

“Dulu saya, sekarang sahabat lama saya Fizi Ali pula.

“Selepas isu yang terjadi antara kita suatu masa dahulu, saya ingat stesen radio kamu akan lebih profesional dan menghargai penyampai yang pernah bertugas menabur bakti disana, rupanya masih sama.

“Datang dan pergi penyampai di sesebuah stesen radio itu lumrah, sama seperti team bola sepak tetapi saya melihat apabila penyampai di stesen lain mengambil keputusan keluar atau dikeluarkan, pihak pengurusan stesen radio tidak pula mengeluarkan kenyataan negatif penyampai tersebut,” katanya.

Shahrol berkongsi pendapatnya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kemas kini yang sama dia turut memuat naik paparan skrin media sebuah portal mengenai dirinya yang kononnya ditamatkan kontrak di stesen radio yang sama kerana mempunyai masalah disiplin.

Tambah Shahrol lagi, kenyataan yang didakwa memburukkan bekas penyampai itu bakal memberi impak yang besar kepada penyampai itu termasuk dirinya secara peribadi.

“Johan meninggalkan Era fm tetapi stesen radio tersebut tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur negatif dan kita semua di luar ini tidak tahu pun punca beliau keluar.Ini contoh sikap profesional yg patut dicontohi.

“Kenyataan memburukkan bekas penyampai kamu nampak ringan tetapi impaknya besar.Sehingga ke hari ini pun masih ada komen yang mengatakan masalah disiplin saya pada hal saya sudah menerangkan kejadian sebenar.

“Pada Suria fm, be profesional dan belajar menghargai mereka yang pernah berjasa di syarikat kamu.Pada sahabat saya Fizi Ali bersabarlah dengan dugaan dan telah membuat keputusan yg tepat pergi ke stesen Hot fm yang menduduki ranking lebih atas dari stesen radio lama kamu,” ulasnya.

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)