Laman Utama

"Datang Tak Bagitahu..." - Ali Puteh Tiada Niat Tuduh Hidayah Menyihir, Kesal Sengaja Tayang Keadaan Rumah Arwah Abam Tak Terurus

gempak
Shahrin Zulkifle
13/02/2023
01:00 MYT
Sponsor Banner
"Datang Tak Bagitahu..." - Ali Puteh Tiada Niat Tuduh Hidayah Menyihir, Kesal Sengaja Tayang Keadaan Rumah Arwah Abam Tak Terurus
Pelawak Ali Puteh mengaku tidak berniat untuk memuat naik video sehingga mendakwa bekas kakak iparnya iaitu Norhidayah cuba melakukan ritual jahat di sekitar kediaman rumah.
Kata Ali, tindakan dia berbuat demikian adalah selepas Norhidayah yang juga balu kepada arwah abangnya, Abam Bocey terlebih dahulu memuat naik video berbaur fitnah terhadap dirinya.

Hidayah mulakan fitnah

“Saya tak berniat tau nak buat video itu, tapi pihak sana (Hidayah) yang naikkan video fitnah itu dulu.
“Dia yang naikkan dulu kat TikTok, kata dia datang ke rumah, tak ada orang bagi masuk, tak ada orang buka pintu, sejam depan pintu rumah.
“Tok saya tak duduk di situ, yang jaga rumah tu adik saya yang kecik. Kami tiga beradik je tinggal. Belakang rumah arwah Abam itu rumah kakak saya,” katanya.
Ali mengulas mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di laman TikTok bersama dua orang pengamal perubatan Islam baru-baru ini sebelum dikongsikan semula oleh seorang pengguna.
@rakyat_bulan Kena skolah dh #fyp #foryou #foryourpage #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound - #rakyatbulan

Tidak maklumkan untuk datang

Pada video sama, Ali turut menjelaskan tindakan Hidayah yang tidak memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak keluarganya untuk berkunjung ke rumah peninggalan arwah suaminya di Gombak.
“Semalam saya kerja, hari Jumaat saya tak ada kat rumah. Datang pula tak beritahu nak datang, kalau esok datang hari minggu, mesti kami ada di rumah.
“Lepas itu dia buat video kat TikTok, ini keadaan rumah, lusuh, rumput panjang. Arwah Abam dah meninggal tiga tahun genap semalam. Kalau rumah tak berjaga, dah bertutup dengan sawang rumah tu.
“Rumput itu kami potong setiap bulan. Ada ke dia tanya bill api ke, bill air sepanjang tiga tahun yang kita jaga rumah itu.
“Tapi bila dia buat video TikTok macam itu dan upload video kepada orang, orang datangkan maki dan benci kepada saya,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Norhidayah datang menziarahi rumah peninggalan arwah suami selepas genap empat tahun Abam meninggal dunia.
Dalam pada itu, Norhidayah turut meluahkan rasa kecewa apabila kehadiran dirinya bersama keluarga dan peguam ke rumah tersebut yang terletak di Gombak tidak disambut baik dan dibiarkan selama sejam.
Malah, Hidayah turut menggesa Ali untuk menyegerakan bayaran RM60,000 seperti yang diputuskan mahkamah pada 28 Disember tahun lalu berhubung keputusan rayuan kes saman fitnah.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live