Datang Untuk Bergambar, Polis Halau Orang Ramai Di Stesen Minyak Tular, Genting Highlands - “Menyusahkan Orang Nak Isi Minyak”
Azwa Rahman
17/02/2022 06:40 MYT
17/02/2022 06:40 MYT
Gara-gara dikerumi orang ramai yang mahu bergambar, pemilik stesen minyak yang tular di Genting Highlands terpaksa menghubungi pihak polis untuk meleraikan puluhan kereta yang berada di kawasan tersebut.
Menerusi platform TikTok, seorang pengguna yang dikenali sebagai AmmaRawr memuat naik sebuah video memaparkan kehadiran sebuah kereta peronda polis di stesen minyak berkenaan.
Difahamkan, pemilik stesen minyak Petrom itu terpaksa hubungi polis selepas kehadiran orang yang datang untuk bergambar sehingga menyusahkan mereka yang mahu mengisi minyak.
undefined
Menerusi perkongsian itu lagi, kelihatan sebuah kereta polis berada di stesen minyak terbabit bagi mengawal kehadiran puluhan kereta yang berada di situ.
Terdahulu, minyak itu terletak yang di Genting Highlands itu menjadi tular di media sosial kerana mempunyai unsur pencahayaan cantik selain berkabus ketika waktu malam.
Berikutan itu, orang ramai sering berkumpul di situ pada waktu malam bagi mengambil gambar sekaligus menyebabkan berlakunya kesesakan terutamanya pada cuti hujung minggu.
Dalam pada itu, rata-rata pengguna TikTok menyelar tindakan orang ramai yang berkumpul semata-mata untuk bergambar di situ dan mengganggu pengguna jalan raya khususnya ketika mahu mengisi minyak serta menggunakan tandas.
“@johan johan:Menyusahkan orang isi minyak, semata nak selfie.”
“@Pak Man:Hah baguihhhh…. Punya la susah nak buh minyak sebab ramai sangat duk buat ramai tang ni.”
“@ZAM ARDY :Kalau takat ambik 2, 3 second takpelah. Ni kalau boleh memang ambik nak bagi puas hati. Lagi jenis hipster. Selagi tak puas hati. Ambikk.”
“@KingPin:orang nak isi minyak… Ape ke semak la petrol station jadi tempat ambik gambar.”
“@୧ ɯıυɐ ıɯυıpɐ ୨:ugh finally! Tau dak abang aku nak gi isi minyak haritu sebelum balik, kitaorang beratur panjang ingatkan
orang nak isi minyak juga, tau-tau yang lain just nah singgah untuk bergambar.”
“@madsyaddd??:hahahaah macam takdak tempat lain nak bergambar aduh sedih.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 600,000 tontonan daripada warga TikTok.