Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Datanglah Bidadari Cantik Mana Pun, Tak Boleh Lawan Senyuman Ni” – Issey Kongsi Foto Terakhir Ibu

Mya Amri
25/07/2019 11:52 MYT
Bintang Muzikal Lawak Superstar, Issey Fazlisham akui sangat merindui arwah ibunya, Asiah Haron yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

Issey berkongsi luahan hatinya menerusi posting terbaru diakaun Instagram miliknya.

Entri tersebut turut disertakan dengan foto senyuman terakhir arwah ibu kesayangannya.

“Senyuman ini lah buat aku semangat setiap kali jumpa. Gambar ni tiga minggu sebelum Ma meninggal.

“Datanglah bidadari cantik macam mana pun, tak boleh lawan senyuman ni. Kita jumpa di syurga Ma,” tulis Issey.

Senyuman ni lah buat aku semangat setiap kali jumpa. Gambar ni 3 minggu sebelum Ma meninggal. Datanglah bidadari cantik macam mana pun, tak boleh lawan senyuman ni. Kita jumpa di syurga Ma

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya sebak dan berharap Issey tabah atas kehilangan insan tersayang.

BACA: "Tadi Sempat Mandikan Ma, Tengok Orang Pakaikan Baju Baru Ma" - Tak Sempat Tunai Umrah Bersama, Bingkisan Issey Buat Arwah Ibu Meruntun Hati

Terdahulu, ibu Issey dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Selasa, jam 3.40 petang.

#Ibu #Issey Fazlisham
;