Datin Patimah Akui Kembali Gembira Tahun Ini - “Alhamdulillah, Saya Lebih Sihat…”
Izwan Isa
29/03/2024 01:55 MYT
29/03/2024 01:55 MYT
Isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mengakui kesihatannya bertambah baik sepanjang melalui bulan Ramadan pada tahun ini.
Patimah ketika ditemui Gempak berkata, dia juga tidak lagi duduk di rumah dan mampu untuk mengikuti suaminya menghadiri jemputan terutama acara-acara berbuka puasa di ibu kota.

Lebih sihat
“Alhamdulillah, tahun ini saya lebih sihat. Boleh hadir banyak acara dengan datuk. Tahun lepas saya memang berkurung di rumah… dengan apa yang berlaku.
“Tapi Alhamdulillah, tahun ini saya gembira balik,” katanya.
Patimah berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2024 pada Rabu.
Ditanya mengenai sambutan hari raya pada tahun ini, Patimah menjelaskan yang ia akan dimeriahkan dengan kehadiran cucu-cucu yang akan pulang ke rumahnya.

Cucu selalu pulang
“Cucu-cucu selalu balik. Anak-anak Syamsul, selalu balik rumah saya. Setiap minggu cuti sekolah mereka datang. Begitu juga Puteri Sarah,” katanya lagi.
Sementara itu, Datuk Yusof Haslam pula mengharapkan orang ramai supaya mendoakan yang baik-baik dan berharap apa yang berlaku sebagai satu ujian.

Semangat juang
“Insya-Allah mudah mudahan… Dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri, segalanya berjalan dengan baik. Apa pun semangat juang kena kuat.
“Perjuangan dalam kehidupan kena teruskan selagi kita sihat. Segala yang baik datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada kita,” tutupnya.