HIBURAN

Datin Patimah ‘Backup’ Fazura, Anggap Sentuh Muka Kawan Tanda Mesra - “Apa Dosanya Sentuh Muka Kawan-Kawan?”

Umirah Halim 04/08/2025 | 23:55 MYT
Isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail tampil mempertahankan pelakon jelita, Nur Fazura yang didakwa bersikap terlalu mesra ketika menghadiri majlis perkahwinan selebriti Indonesia, Luna Maya baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik sebuah portal hiburan, memaparkan momen ketika Fazura beramah mesra dengan rakan selebriti Indonesia, Nagita Slavina di majlis eksklusif berkenaan.

Menerusi klip berkenaan, Fazura dilihat menyentuh dan memegang wajah Nagita sewaktu mereka berbual, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang mempersoalkan sikap Fazura yang dianggap ‘terlebih mesra’ di khalayak, malah ada juga sesetengah pengguna media sosial menyatakan rasa kurang senang dengan aksi berkenaan.

Bagaimanapun, Datin Patimah tampil menyuarakan pandangannya menerusi ruangan komen pada hantaran video tersebut, sekali gus memberi sokongan terbuka kepada Fazura.

“Apa dosanya sentuh muka kawan-kawan? Itu tanda mesra dan peramah,” tulisnya ringkas namun padat.

Kenyataan Patimah itu turut menerima reaksi positif daripada netizen yang rata-rata memuji sikapnya yang dilihat tenang dan menyokong sesama wanita.

“Setuju Datin, Fazura memang friendly.

“Love la Datin, backup Fazura.

“Wah baiknya Datin, supportive sangat,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, Fazura, menjadi tumpuan ramai apabila menghadiri majlis perkahwinan Luna Maya dan jejaka pilihannya, Maxime Bouttier yang berlangsung meriah di Jakarta, Indonesia.

Fazura turut berkongsi beberapa foto dan video sepanjang berada di sana menerusi media sosial miliknya.


#Fazura #Datin #Muka #Sentuh #Patimah