Bekas isteri pertama Datuk Red iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya.

Nafkah

Menurut Sharifah atau lebih mesra dengan panggilan Datin Red, dia membuat keputusan itu kerana memahami keadaan bekas suaminya yang kini berada dalam kesusahan.

“Sebab saya tahu dia dah muflis, tak apalah saya cari nafkah sendiri sahajalah untuk anak-anak saya, itu sajalah saya nak cakap.

“Saya tak nak menyusahkan dia dan saya sentiasa menyokong dia,” ujarnya sambil menangis teresak-esak.

Datin Red berkata demikian ketika ditemui Gempak di Perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor, pada Selasa.

Dalam pada itu, Datin juga mengatakan hubungannya bersama Datuk Red akan kekal baik seperti mana sebelum ini.

“Saya tahu dia tidak sekejam itu terhadap kami walaupun kami sudah tidak mempunyai hubungan. Saya tahu dia baik.

“Dia seorang yang bertanggungjawab. Hubungan kami selepas ini pun baik-baik sahaja, tak ada masalah. Insya-Allah,” ujarnya sebak.

BERITA TRENDING: Perkahwinan Datuk Red, Datin Red Berakhir Dengan Penceraian, Sempat Bermaaf-Maafan

Rumah tangga usahawan Datuk Red bersama isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim berakhir dengan perceraian talak satu.

Cerai

Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu, 46, sah melafazkan talak tersebut pada jam 10.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor, pada Selasa.

Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.

Untuk rekod, Sharifah memfailkan perceraian terhadap Datuk Red atau nama sebenarnya suaminya Datuk Seri Adnan Abu pada penghujung Januari lalu.

Perkara tersebut diketahui umum apabila Sharifah memuat naik foto ketika dia berada di luar kamar mahkamah dengan kapsyen mengenai ketentuan takdir.

Selain Sharifah, isteri kedua kepada Datuk Red iaitu penyanyi Adira Suhaimi turut memfailkan penceraian pada 25 Oktober tahun lalu dan bercerai pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertamanya mempunyai lima orang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red