HIBURAN
“Datin Selalu Belanja Makan, Tidur Hotel Yang Saya Tak Mampu” – Pembantu Rumah Intan Najuwa Syukur Dapat Majikan Baik
Pelakon Datin Intan Najuwa berjaya mendapat perhatian netizen apabila pembantu rumahnya, Irma Windya, tampil berkongsi pengalaman sepanjang empat bulan bekerja dengannya.
Menerusi satu video di TikTok, Irma mendedahkan bahawa majikannya itu bukan sahaja baik hati, malah sering membelanjakannya makanan mewah dan pakaian cantik, termasuk untuk sambutan Hari Raya lalu.
undefined
“Datin selalu belanja makan yang saya tak tahu bila boleh beli. Datin belanja baju raya cantik, tidur di hotel yang saya pun tak mampu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Irma turut menzahirkan rasa syukur kerana telah dikurniakan rezeki untuk memiliki majikan yang baik dan menganggap perkara tersebut merupakan satu nikmat yang sangat besar dalam hidupnya.
“Alhamdulillah, 4 bulan kerja di rumah Datin Intan Najuwa, dalam 4 bulan itu banyak rezeki yang saya rasakan.
“Datin, Datuk anggap semua pekerja dah macam keluarga.
“Allah bagi rezeki bukan cuma uang, punya majikan yang baik pun dah satu rezeki yang paling nikmat,” ujarnya.
Sebelum ini, Intan akui kurang tertekan dalam proses membesarkan puteri sulungnya, Imane Lunara selepas suaminya menyediakan tiga pembantu dan jururawat peribadi.
Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Imane Lunara, pada 15 Disember lalu