gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Penceramah Bebas Rakam Aksi Seks Bersama 4 Isteri Ditahan
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Tak Nak Tumpang Populariti Mak Cik! Darling Mahu Buktikan Kemampuan Sendiri - “Nama Sheila Abdull Itu…”
BERITA
Sindiket Pil Kuda RM5 Juta Terkait Pempengaruh Tumpas, Duit Haram Disyaki Buka Bisnes
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Datin Shahida Bagi ‘Hint’ Untuk Bakal Menantu - “Kalau Nak Jadi Isteri Dia, Awak Kena Pandai Masak..."

Mya Amri
Mya Amri
05/07/2025
06:01 MYT
Sponsor Banner
Datin Shahida Bagi ‘Hint’ Untuk Bakal Menantu - “Kalau Nak Jadi Isteri Dia, Awak Kena Pandai Masak..."
Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mendedahkan anak sulungnya, Ammar Ahyan merupakan seorang penggemar kari.

Wajib pandai masak kari

Malah kata Shahida, sekiranya ada wanita yang berkenan pada anak bujangnya itu maka antara ciri-ciri yang perlu ada untuk memikat hati Ammar adalah wajib pandai memasak kari.

“Kalau awak nak jadi isteri dia, awak kena pandai masak kari, beriani dan juga nasi arab. Kalau awak masak lemak cili padi, masak sup ayam dia memamg tak makan.

“Dia makanlah tapi dia tak berapa suka, tapi kalau masak kari, daripada atas dia turun kata mama masak kari?” kongsi Shahida menerusi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Ambil lauk sama

Tambah Shahida lagi, Ammar juga hanya akan ambil lauk yang sama sekiranya makan di restoran mamak.
Lauk yang diambil oleh Ammar adalah nasi beriani separuh, kuah kari perut, dua ketul ayam, dua biji cili besar bersama teh ais.

“Minta maaf ya, dia kalau pergi kedai mamak sampai orang di sana pun dah hafal lauk dan menu dia,” ujarnya.

Terdahulu, Aliff Syukri pernah mengusik Ammar dengan anak perempuan Datuk Seri Vida iaitu Cik B.
Ammar juga sebelum ini didakwa ‘berkenan’ dengan Cik B gara-gara satu klip video siaran langsung yang tular di TikTok merakamkan Ammar menceritakan bahawa Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, pernah bertanyakan beberapa soalan peribadi yang menurut Aliff, seolah-olah Cik B menunjukkan minat terhadap anak terunanya itu.
Topic Berkaitan
#Aliff Syukri
#Menantu
#Datin Shahida
#Ammar Ahyan
#Kari
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement