gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Dah Beli Cincin, Jumpa Keluarga…Tapi Jodoh Tak Sampai” – Andy Teh
HIBURAN
Vida Lalui Fasa Perubahan Hidup, Dapat ‘Turning Point’ Selepas Lawat Kubur Arwah Norly Syahirah - “Ketika Itu Jam 1:30 Pagi…”
HIBURAN
“Kenapa Makin Ramai Manusia Tiada Adab? Malas Hadap Perangai Macam Ni” - Shiha Zikir
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Datin Shahida Bersuara Soal Kejanggalan Kes Zara Qairina, Kongsi Pengalaman Lihat Mangsa Jatuh Tingkat Empat - "Agak Pelik Kalau Arwah Jatuh, Tak Ada Yang Dengar & Sedar"

Amri Hassan
Amri Hassan
10/08/2025
07:25 MYT
Sponsor Banner
Datin Shahida Bersuara Soal Kejanggalan Kes Zara Qairina, Kongsi Pengalaman Lihat Mangsa Jatuh Tingkat Empat - "Agak Pelik Kalau Arwah Jatuh, Tak Ada Yang Dengar & Sedar"
Usahawan terkenal, Datin Shahida, tampil bersuara berhubung kes kematian tragis pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, 13, yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah agama di Papar, Sabah.
Dalam satu hantaran di media sosial, Shahida mempersoalkan kejanggalan situasi yang dilaporkan, sambil mengaitkan pengalaman peribadi menyaksikan kejadian serupa ketika tinggal di Bandar Baru Sentul.
“Semoga ada kebenaran terungkap. Dulu saya duduk pangsapuri empat tingkat di Bandar Baru Sentul. Tengah jalan nak balik ke rumah dari membeli nasi lemak, seorang budak jatuh dari tingkat empat depan mata saya dan bunyinya sangat-sangatlah kuat ya sampai satu flat tu tercari-cari bunyi apa yang kuat.
"Agak pelik kalau arwah jatuh tak ada yang dengar dan sedar, dan budak tu mengalami pendarahan yang sangat banyak. Jadi mengikut keadaan semasa arwah Zara yang tiada luka dan tak ada orang yang perasan agaklah tidak masuk akal. Semoga ada pembelaan untuk arwah,” tulisnya, disertakan tanda pagar #justiceforzara.
Menurut Shahida, berdasarkan pengalamannya, kejadian seseorang terjatuh dari bangunan biasanya disedari segera oleh penghuni sekitar kerana bunyi hentakan yang kuat serta kecederaan fizikal yang ketara pada mangsa.
Justeru, Shahida menyifatkan keadaan yang dilaporkan dalam kes Zara Qairina sebagai 'tidak masuk akal' dan wajar disiasat secara telus.
Kes Zara Qairina sejak awal sudah mencetuskan gelombang solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya pencinta keadilan di media sosial. Pelbagai selebriti termasuk Rozita Che Wan, Bella Astillah dan Mimi Lana turut lantang menyuarakan sokongan kepada keluarga mangsa.
Setakat ini, pihak polis masih menjalankan siasatan dan belum mengeluarkan kenyataan penuh mengenai punca sebenar kematian.
Namun, tekanan daripada orang ramai dan tokoh awam dilihat semakin meningkat, dengan harapan kes ini tidak 'didiamkan' seperti yang dibimbangi oleh banyak pihak.
Topic Berkaitan
#Viral
#Kematian
#Aliff Syukri
#Sabah
#Datin Shahida
#Kes
#Zara Qairina
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement