VIRAL
Datin Shahida Kongsi Rahsia Bersalin Tanpa Jahitan - “Bila Saya Amalkan Dengan Izin Allah…”
Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida berkongsi tips melahirkan anak tanpa sebarang jahitan kepada para wanita menerusi video di TikTok.
Dalam video tersebut, Shahida mendedahkan bahawa ketika kehamilannya memasuki usia 34 minggu, dia mengamalkan pengambilan minyak kelapa dara secara konsisten.
Selain minum, Shahida turut menyatakan minyak tersebut perlu disapu pada bahagian perut supaya ia dapat memberikan kesan yang lebih baik.
“Kalau tips bersalin tanpa koyakan, kena minum minyak kelapa dara. Minum dan sapu. Masa saya mengandung dan kandungan memasuki 34 minggu, saya minum satu sudu pagi dan malam minyak kelapa dara.
“Kalau sapu, kena buat masa awal kandungan. Saya sapu dekat perut dan kawasan yang baby akan keluar. Bila saya amalkan dengan izin Allah, kelima anak-anak saya iaitu Khadijah, Baim, Yusuf, Raudhah dan Lukman lahir tanpa sebarang jahitan.
“Tiada koyakan dan tiada jahitan yang diperlukan cuma pedih sebab bekas luka sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, isteri kepada usahawan terkenal itu turut berkongsi pengalaman bersalin yang dianggapnya sebagai satu kenikmatan walaupun tetap mengakui tidak menyukai fasa kehamilan dan berpantang.
“Saya suka beranak tetapi tidak sanggup mengandung dan berpantang. Kalau berpantang saya rasa macam busuk sangat. Beranak memang sakit tetapi ia merupakan satu kenikmatan.
“Saya tidak akan ada perasaan serik untuk bersalin. Nikmat sakit bersalin itu bila baby keluar rasa lega sangat,” kongsinya.
Sekadar info, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan mereka dikurniakan anak seramai enam cahaya mata.