Hiburan

Datuk Alif Satar Pun Positif Covid-19 - "Mungkin Pakwan Kena Jangkitan Sebab Gilir-Gilir Jaga Dia"

gempak
Amri Hassan
24/11/2020
11:53 MYT
Sponsor Banner
Datuk Alif Satar Pun Positif Covid-19 - "Mungkin Pakwan Kena Jangkitan Sebab Gilir-Gilir Jaga Dia"
Datuk kepada penyanyi Alif Satar yang kini berusia 91 tahun antara ahli keluarga yang turut disahkan positif Covid-19 pada Sabtu lalu.
Kongsi Alif menerusi Instagram, datuknya, Mohamad Che Noh kini dirawat di Hospital Sungai Buloh iaitu lokasi sama tempat ibu, bapa dan adik bongsu Alif dirawat.
"Pakwan (datuk) saya, 91 tahun juga pesakit Covid-19. Saya minta tolong semua untuk doakan agar Pakwan saya terus kuat dan dikurniakan kesihatan seperti biasa. Semoga Allah merahmati kalian semua.
"Terima kasih warga barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh kerana menjaga keluarga saya dan semua pesakit Covid-19. Anda semua sudah jalankan tugas dengan baik," katanya.
Memetik kenyataan isteri Alif, Sha Dila Hadid kepada Harian Metro, datuk Alif tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit kronik sebelum ini.
"Pakwan pun disahkan positif pada Sabtu lalu. Dia tidak ada apa-apa sakit kronik, cuma jalan saja kena pimpin atau pakai tongkat.
"Mungkin Pakwan terkena jangkitan sebab semua bergilir-gilir menjaga dia. Kasihan juga apabila dia kena," katanya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live