“Datuk Dah Start Masak Tapi Mana Bebelan Mu?” - Tak Merajuk Lagi, Video Memasak Rizalman Ibrahim Tarik Perhatian Netizen

Azwa Rahman
April 16, 2020 11:25 MYT
Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mencuri perhatian wargamaya apabila mula berkongsi video masaknya setelah merajuk selama beberapa hari.
Menerusi laman sosial Instagram, Rizalman memuat naik video masakan kari ikan serta sayur kacang dan tempe untuk tatapan umum.
“Nak makan, makan. Tak mau makan, sudah!” tulisnya sebagai kapsyen.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah rakaman tersebut tidak mempunyai sebarang suara seperti mana video-video memasaknya terdahulu.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai wargamaya yang teruja melihat Rizalman kembali memasak serta merindukan bebelannya.
“Tak bercakap langsung harini. Haa padan muka hangpa tak dengar datuk berleter,” tulis seorang wargamaya.
“Tok janganlah merajuk lagi tok. Bosan dah kehidupan seharian saya,” kata seorang wargamaya.
“Banyak kali tekan suara ingatkan Instagram ni mute. Tok, mana carutan mu itu, rindu,” luah seorang wargamaya.
“Datuk dah start masak tapi dia tak bebel pulak. Masak dalam kebisuan.. Aduhh!” komen seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, difahamkan Rizalman bertindak demikian gara-gara seorang wargamaya yang dikenali sebagai Kiah Sotong, mengkritik gaya masakannya sehingga membuatkan dia merajuk.
Dalam perkembangan lain, Rizalman akan muncul dalam sebuah rancangan masakan Pung Pang Rizalman yang akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Rabu bermula 27 April, jam 6 petang di saluran Astro Ria (104) dan On Demand.
Antara selebriti yang bakal memasak bersama Rizalman adalah Alif Satar, Neelofa, Michael Ang, Datuk AC Mizal dan ramai lagi.