Hiburan

Datuk Fazley Sebak Baca Karangan ‘Tokoh Kegemaran Saya’ Ditulis Anak Sulungnya

gempak
Fiza Kamarudin
02/10/2019
01:50 MYT
Sponsor Banner
Datuk Fazley Sebak Baca Karangan ‘Tokoh Kegemaran Saya’ Ditulis Anak Sulungnya
Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob berkongsi rasa sebak dan terharu selepas membaca karangan yang ditulis oleh anak sulungnya, Fariedz Fazley.
Karangan ditulis kanak-kanak berusia 11 tahun tersebut adalah mengenai ‘Tokoh Kegemaran Saya’ dan Fariedz telah memilih untuk menulis mengenai ayahnya sendiri.
Melihat rangka karangan anaknya itu, Fazley sebak, namun turut berasa bangga dengan apa yang telah ditulis Fariedz.
“Saya sebak sendiri, apabila anak sulung saya Fariedz sedang menulis rangka karangan ‘Tokoh Kegemaran Saya’, dia pilih Dida dia sendiri untuk diceritakan.
“Saya bangga dan sebak melihat apa yang di tulis, mungkin benarlah kata orang, seorang ayah adalah hero pertama dan utama seorang anak…Betul ke?,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Antara yang ditulis Fariedz mengenai Fazley dalam karangan tersebut ialah mengenai kerjaya bapanya sebagai seorang Cef popular di Malaysia yang telah menerima beberapa anugerah dalam dan luar negara.
Fariedz turut mengangkat kejayaan bapanya menerusi restoran Suka Sucre Bistro yang telah membuka banyak pihak kerana berjaya menempa kejayaan dalam bidang perniagaan kulinari.
“Cef Datuk Fazley menjadi idola saya kerana saya bangga melihat beliau yang sangat gigih bekerja untuk keluarganya juga demi untuk menaikkan nama negara Malaysia,” tulis Fariedz sehingga mengundang sebak di hati bapanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024