Datuk Fizz Fairuz, Lisa Surihani Antara Artis Layan Final Bola Sepak Malaysia-Vietnam

Zulaikha Yusof
Disember 12, 2018 02:30 MYT
Walaupun skuad Malaysia seri 2-2 dengan pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, semangat ribuan rakyat Malaysia tetap membarak dalam diri.
Sokongan dan doa artis tempatan yang sanggup berasak-asak di Stadium Nasional Bukit Jalil bukti bahawa bola sepak menyatukan antara satu sama lain.
Antara artis yang turut memberikan sokongan bersama-sama penyokong Harimau Malaya seperti Datuk Fizz Fairuz, Rozita Che Wan, Ummi Nazeera, Lisa Surihani, Fasha Sandha, Mawar Rashid, Uyaina Arshad, Hani Fadzil, Tomok, Zain Saidin, Radin Era, Aril AF, Hafizul Kamal, Aidil Aziz dan Hafiz Hamidun.
Kami kongsikan momen-momen menarik sokongan tidak berbelah bahagi artis buat pasukan bola sepak Harimau Malaya.
#Bola Sepak #Final Piala AFF Suzuki