Pengumuman mengenai perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Selasa lalu menyebabkan semua rancangan yang bersiaran secara langsung dihentikan seketika sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kembali.

Ini termasuklah rancangan yang disukai ramai, Sepahtu Reunion Live 2020 yang bersiaran secara langsung setiap hari Khamis, pukul 9:00 malam. Tetapi jangan risau, kerana Astro telah menyediakan program terbaru juga bersama mereka iaitu Warung Sepahtu.

Warung Sepahtu yang diterajui Jep, Shuib, Rahim dan Pak Ya akan berborak sakan dengan artis-artis jemputan seperti Datuk M. Nasir, Naqiu, Nabila Razali, Sharifah Sakinah, Noraniza Idris dan ramai lagi.

Pasti banyak cerita menarik dan rahsia peribadi artis bakal dikorek oleh mereka berempat. Selain itu, wajib ada sketsa komedi daripada Sepahtu, kan!



Episod pertama pasti havoc dengan kehadiran dua tetamu hebat, Liza Abdullah dan Jasmin Hamid.

Jangan lupa episod pertama Warung Sepahtu malam ini, pukul 9:00 malam di saluran Astro Warna (127) dan Astro Warna HD (107).