Seni yang mengalir dalam diri tidak akan pernah terhenti mati hanya kerana pandemik Covid 19 melanda dunia.

Tidak kering idea dan tidak juga mahu membiarkan dunia seni tempatan kontang tanpa isinya,
Pam Shahril and Shahril Razak dari Gabung Cipta, sebuah syarikat pembekal sistem audio dan cahaya profesional; bersama pengarah muzik, Dato’ Acis; dan penerbit konsert, Jennifer Thompson mencetak sejarah buat pelaku seni kita.

Buat pertama kalinya setelah lebih setahun Malaysia dan pelaku seni bertahan melawan pandemik Covid 19, sudah tiba masanya mereka kembali 'ke barisan hadapan'.

Sebuah acara yang diberi nama MALAYSIA LIVE! mahu diperkenalkan para penganjut kini. MALAYSIA LIVE!, sebuah siri konsert secara langsung atas talian bukan hanya untuk artis-artis tanahair malah juga bagi pembekal, jurutera, venue, pekerja dan perniagaan di belakang tabir yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Januari 2021 ini menjadi pemula MALAYSIA LIVE! dengan live-streaming dua episod pengenalan.

Episod pertama akan menemui penonton pada 22, 2021 (Jumaat) bermula 9 malam. Antara barisan artis yang akan menghiburkan seluruh peminat muzik pada episod pertama ini termasuklah Aizat Amdan, Dayang Nurfaizah, DOLLA, Hael Husiani, Haqiem Rusli, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Yonnyboii and Zynakal.



Untuk pisod kedua, tanggal 29 Januari 2021 (Jumaat) 9 malam menjadi pilihan.

Bakal dipandu oleh Adibah Noor selaku hos, antara artis yang akan tampil adalah Faizal Tahir, Ismail Izzani, Kmy Kmo & Luca Sickta, Dato’ M. Nasir, Ruffedge, Shalma Eliana, Tuju dan Zizi Kirana.

Sementara itu, salah seorang penganjur, Dato’ Acis mengaku industri hiburan antara yang terjejas teruk sepanjang pandemik ini.

“Industri muzik adalah salah satu industri yang paling terjejas oleh kerana acara-acara live untuk khalayak ramai tidak di benarkan berlangsung.

"Dengan pengurangan atau kehilangan punca pendapatan dari sektor persembahan live, yang merupakan sektor utama pendapatan seseorang artis atau pemuzik, ada yang terpaksa mencari perkerjaan lain untuk menyara hidup dan dalam senario terburuk, mereka terpaksa menjual peralatan muzik yang sekian lama menjadi punca pencarian makan.

"Dengan MALAYSIA LIVE! saya berharap ia akan memberi ruang untuk semua yang terkesan untuk mula menjana pendapatan dan bagi peminat muzik menyambung semula keistimewaan menoton acara secara live”," katanya.

Kedua-dua Pam Shahril dan Shahril Razak yang telah berkecimpung 15 tahun dalam industri acara live dengan mengendalikan sebuah syarikat pembekal sistem audio dan cahaya yang berpengalaman dalam mengusahakan beberapa show besar di dalam negara dan serantau pula mengatakan kepentingan pihak belakang tabir dalam menjayakan dan memastikan dunia seni tidak mati.

“Semasa show orang ramai hanya melihat apa yang berada diatas pentas tetapi usaha yang perlu untuk mengendalikan sesebuah acara melibatkan beratusan daya tenaga pakar dan pekerjaan yang berkenaan termasuk jurutera, krew dan juga venue, katering, tiketing, keselamatan, syarikat logistik dan ramai lagi yang membentuk sebuah pasukan untuk melaksanakan sebuah show dengan berjaya”.

Berkenaan keadaan masa kini industri Jennifer Thompson turut berkata, “Bukan kita dalam industri tidak mencuba menyesuaikan diri atau meningkatkan kemahiran untuk mengadaptasikan diri kepada norma baharu tetapi ia perlukan lebih daripada usaha kita sendiri.

"Kadang-kadang ia juga tergantung kepada situasi infrastruktur yang diluar kawalan kita ataupun corak pemikiran penonton yang mungkin mengambil masa untuk berubah.

"Dalam industri hiburan perubahan adalah lumrah kehidupan tetapi dalam keadaan drastik ini, dan dalam percubaan untuk menyesuaikan diri, kita masih perlu cari makan dan membayar bil. Objektif semestinya adalah untuk mengesyorkan kita tidak kehilangan bakat dan pakaran industri kita kepada perkerjaan lain”.



Dua siri konsert MALAYSIA LIVE! ini telah dirakam secara langsung tanpa penonton di KL Live @ Life Centre salah satu venue yang terkenal untuk persembahan live dan artis diiringi oleh pemuzik-pemuzik tersohor Dato’ Acis (keyboard and pengarah muzik); Fendi Mokhtar (drums), Jenny Chin (keyboard), Rozhan Rahman (bass), Wan Gigi (gitar), Jamie Wilson (gitar), Steve Thornton (percussion); and penyanyi latar Yuaz Bahtiar Kassim, Eja Muhd. Nor and Juanita Ismail.

Penonton dapat menonton premier episod-episod tersebut di YouTube channel MALAYSIA LIVE! seperti berikut:

Episod 1

Live-steaming pada Januari 22, 2021 (Jumaat) 9malam
Artis-artis : Aizat Amdan, Dayang Nurfaizah, DOLLA, Hael Husiani, Haqiem Rusli, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Yonnyboii dan Zynakal
Pengacara: Nazrudin Rahman

Episod 2
Live-streaming pada Januari 29, 2021 (Jumaat) 9malam
Artis-artis : Faizal Tahir, Ismail Izzani, Kmy Kmo & Luca Sickta, Dato’ M. Nasir, Ruffedge, Shalma Eliana, Tuju dan Zizi Kirana
Pengacara : Adibah Noor