Hiburan
“Datuk Ramli MS Menilai Setiap Seorang Daripada Kami Sama Rata” - One Nation Emcees Nafi Terima Lagu ‘Makanan’
Bintang Gegar Vaganza 2019 (gv2019) One Nation Emcees menafikan mereka sering mendapat lagu ‘makanan’ untuk dipersembahkan pada konsert GV2019.
Menerima lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi nyanyian Mulan Jameela, mereka tidak menganggap lagu yang diterima adalah mudah kerana setiap lagu yang diberi pasti ada cabarannya.
“Orang cakap lagu ni lagu ‘makanan’, memang lagu ni lagu ‘makanan’ kami. Dari segi melodi memang orang ingat senang tapi anda kena fikir kumpulan kami ada banyak vokal. Ada bahagian wanita, bahagian lelaki dan juga bahagian rap.
“Datuk Ramli MS pula menilai vokal kami setiap seorang, sama rata. Sama ada Mimi, Sabhi, Jojo dan Kozae, setiap seorang daripada kami beri 25 peratus markah,” ujar Sabhi kepada Gempak.
One Nation Emcees ditemui selepas membuat persembahan konsert keempat di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Ahad.
Salah seorang anggota, Jojo turut menegaskan setiap kali menerima lagu, cabaran untuk menambah bahagian rap antara yang paling susah.
“Kami akan cuba buat yang terbaik dan berikan kelainan pada lagu ini, berbeza dengan versi asal.
“Lagu asal pun ada dua versi iaitu versi Mulan Jameela dan versi Ahmad Dhani yang lebih berentak rock. Bila nak jadikan lagu ni milik One Nation Emcees, sangat mencabar,” ujar Mimi.
Jangan lupa saksikan GV6 pada hari Ahad ini 10 November 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Must-Watch Video